VIP-VIP TERKENAL!!

Saturday, December 18, 2010

~JALAN MENUJU ALLAH MERUPAKAN SEBAIK-BAIK JALAN~

Ketahuilah, Bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan....ALLAH......






Adakalanya jiwa ini mengeluh kerana musibah yang menimpanya....
Padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan...

Apakah kebahagiaan itu??....Adakah kebahagiaan itu berada dalam harta benda??....atau dalam  kedudukan dan martabat.....Jawapan pasti bermacam-macam ..Akan tetapi, marilah kita perhatikan kebahagiaan yang dialami oleh seorang wanita yang disebutkan dalam kisah berikut:-

Seorang suami sedang bertengkar dgn isterinya, lalu ia berkata:"Sesungguhnya aku akan mencelakakan kamu!"..Sang isteri berkata dengan tenang :"Engkau tidak akan mampu."..Suaminya berkata:"Mengapa tidak?"...Sang isteri menjawab:"Jika kebahagiaan berada dalam harta, maka kau dapat mencegahnya dariku.Jika kebahagiaan berada dalam perhiasan,maka kau dapat menahannya agar sampai kepadaku..Kebahagiaan itu bukan pada  apapun yang kau miliki, atau yang dimiliki manusia lain..Sesungguhnya  aku menemukan kebahagiaanku dalam imanku...imanku ada di dalam hatiku...dan hatiku tidak dapat dikuasai oleh seorang pun..melainkan tuhanku....



Inilah yang disebut  kebahagiaan yang sesungguhnya,iaitu kebahagiaan iman..tiada yang dapat merasakan kebahagiaan ini,kecuali hanya orang yang kalbunya telah dikuasai oleh cinta kepada Allah hingga masuk ke bahagian yang paling dalam dan begitu pula jiwa dan fikirannya...Pada hakikatnya ,yang memiliki kebahagiaan kebahagiaan adalah Tuhan Yang Maha Esa...Oleh kerana itu..carilah Kebahagiaan dengan taat kepada-Nya....


P/s:-"Sesungguhnya kita memerlukan harta untuk hidup,tetapi bukan beerti kita memerlukan hidup untuk harta".....wallahualam....

Monday, December 6, 2010

~KEKUATAN ITU TERLETAK DI HATI~

Apabila aku sakit............
Dialah yang menyembuhkanku.........





Setiap hari aku memiliki kebiasaan...Bila ia jahat kepada ku....aku bersabar.....dan bila ia membahagiakan ku....aku bersyukur.........

Ini adalah cerita tentang seorang wanita Nasrani yang tidak mengetahui sesuatupun tentang kehidupan kemiskinan, kelaparan dan penderitaan....Suaminya meninggal dunia dalam waktu yang tidak lama setelah perkahwinannya...Sedangkan suaminya yang kedua melarikan diri dengan wanita lain..Wanita itu memiliki seorang anak lelaki, tetapi kerana kehidupannya miskin dan selalu didera penyakit, akhirnya ia terpaksa meletakkan anaknya ke pusat asuhan ketika berusia empat tahun....

Seterusnya, terjadilah tilik tolak perubahan dalam hidupnya...Suatu hari ketika sedang berjalan mengelingi jalan-jalan kota tempat tinggalnya...kakinya terpeleset hingga jatuh ketanah yang telah diselimuti salji..Ia jatuh pengsan dalam waktu yang cukup lama dan dalam kecelakaannya ini tulang punggungnya patah sangat  parah,..Para doktor memperkirakan bahawa dia akan mati dalam waktu yang tidak lama atau lumpuh total sepanjang hidupnya.

Ketika wanita itu tidur di atas katil tempat ia dirawat..ia mengambil kitab sucinya dan dia mendapat ilham dari tuhan untuk membaca kata-kata  yang ada di dalam injil Matius:"Maka dibawa oranglah kepadanya (iaitu kepada isa alaihisalam) seorang lumpuh yang terbaring di tempat tidurnya, lalu berkatalah ia(isa alahisalam) kepada orang yang lumpuh itu.."Bangun..angkatlah tempat tidurmu dan pulanglah kerumah mu....Maka ketika itu juga  si lumpuh dapat bangun dan kembali kerumahnya.....
Ternyata berkat kekuatan imannya, kalimat ini dapat memberi kekuatan sehingga ia dapat bangkit sendir dari pembaringannya dam berjalan-jalan di dalam biliknya...Ternyata pengalaman yang dirasakan oleh wanita yang lumpuh ini telah membukanya jalan baginya untuk mengubati dirinya dan menjadi inspirasi orang lain....






~BENTENG YANG PALING KUAT ADALAH WANITA SOLEHAH!!~

 

Saturday, December 4, 2010

~Wahai Wanita Yang Tinggi kedudukannya...~






Banyak perkara yang egnkau hindari....
Ternyata mendatangkan perkara yang engkau harapkan.....

Wahai wanita muslimah yang jujur, wanita mukminah yang taat, jadilah seperti pohon kurma, yang jauh dari kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh kejahatan. Bila dilemparkan buahnya, sentiasa hijau, baik di musim dingin mahupun di musim panas..lagi banyak manfaatnya....

Hiduplah ditempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna, yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat menjaga rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah menarik pelajaran..dan diammu adalah berfikir....





Manakala keadaannya sudah sedemikian, nescaya anda akan merasa bahagia dan senang. Selanjutnya, akan digelarkanlah bagi anda rasa simpati penduduk bumi kepada anda dan anda akan dihujani oleh pujian yang baik dan doa yang tulus dari semua makhluk... Allah akan menyingkapkan semua awan kesengsaraan yang selama ini menaungi anda.. dan menyingkirkan kekeruhan yang bertindih-tindih menghimpit anda... Tidurlah anda dengan iringan bacaan doa dari semua orang mukmin buat anda dan bangunlah anda dengan diiringi lantunan pujian yang ditujukan kepada anda.....


Pada keadaan yang demikian, anda akan menyedari bahawa kebahagiaan itu bukanlah terdapat dalam daftar kekayaan dan timbunan harta-benda, bukan pula memakai perhiasan dan baju baru untuk memenuhi tuntutan penampilan...sebab ia berada dalam ketaatan terhadap Allah Yang Maha Terpuji.....




P/S:-Jangan Pernah Berputus Asa, Kerana Perubahan Itu Akan terjadi Beransur-ansur..Anda akan Menghadapi banyak Rintangan Yang melemahkan Semangat.....Maka jangan biarkan Ia menguasai Diri Anda......

Friday, November 26, 2010

~Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah~






Allah Yang maha Pengasih Pasti Memberikan Kemudahan.....

Jangan kau putus asa,
Kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu. dimanakah Allah daN taqdirnya??


Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, Merupakan penebus dosa anda atas izinnya...Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadis ini...Maksudnya:-

"Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya, dan memelihara kehormatannya], nescaya ia akan memasuki syurga tuhannya...(Hadith Riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah..Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan agung tersebut...agar engkau dapat menemui  Tuhan Yang Maha Pengasih...berjalanlah sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah Nabinya,nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati....

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda....Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri nasrani,yahudi,komunis, ataupun  agama idealogi lai n yang bertentangan dengan islam..Sedangkan,anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati, dan  Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat muhammad s.a.w..Anda juga termasuk orang-orang yang mengikuti jejak Aisyah ,khadijah , dan Fatimah,,,Semoga Allah meredhai mereka semua..

Kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu,
Puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah. dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama...Ucapan selamat buat anda,kerana anda dan redha Allah sebagai tuhan yang disembah...islam sebagai agama yang dianuti dan Muhammad s.a.w sebagai rasul yang diikuti....





P/s:-Bukan emas permata yang mempercantikkan Anda,
melainkan Yang mempercantikkan Anda Adalah Akhlak anda,,,Dan
Kekayaan Anda adalah Etika anda..... 




 

Thursday, November 18, 2010

~WARKAH UNTUK CALON ZAUJ~




"Sebaik-baik wanita....apabila diberi sesuatu...dia bersyukur...dan bila tidak diberi apa-apa...dia bersabar.."

Erm disaat-saat hujan turun dgn lebatnya....ak termenung.... memikirkan sesuatu dibenak hatiku ini....(pikir aper ea??)..entah angin ape tiba-tiba jer hati ini teringin menulis sesuatu ttg dirimu yang tidak pernah ku kenali.....

Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kpd sesiapa....Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya..Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu...Itulah hatiku dan cintaku....membuatku sedar dari lenaku yang panjang.....

Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti...Kata ibu,tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka...Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi...

Sepanjang umurku ini,aku menutup pintu hatiku dari mana-mana lelaki kerana tidak mahu membelakangimu..Aku menghalangg diriku daripada mengenali mana-mana lelaki, kerana aku tidak mahu mengenali lelaki selainmu...

Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini mengatasi pergaulanku dengan mahramku..Aku lebih bersifat "perumahan" kerana rumah itu terbaik buat seorang perempuan...Aku sering sahaja tidak selamat diperhatikan lelaki..Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga,kerana banyak contoh didepan mata...

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka akan ku buat "expressionles face and cool".Akan ku palingkan wajahku dari lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku...Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku dari lelaki ajnabi kerana pesan saidatina Aisyah r.a "sebaik-baik wanita ialah yang tidak dipandang dan memandang"..Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki,Biarlah aku hanya cantik dimatamu...Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang..Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina dengan perlakuan sebegitu...seolah-olah aku aku oni barang yang boleh dimiliki bila-bila sahaja..

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan...lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan....Bagaimana akanku jawab dihadapan Allah kelak andai disoal??..Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidupku dimuka bumi??

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain.Aku dululah perlu menundukkan pandanganku...Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah..Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku..Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik..Bukankah Allah telah mejanjikan perempuan yang baik utk lelaki yang baik??

Tidakku nafikan,sebagai remaja aku memiliki perasaan ingin dicintai dan menyintai...Namun.setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu semata-mata untukmu... Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hatiku dan perasaan suciku ini...Bukan menjadi hati belahan lelaki lain....Lelaki itu berhak mendapat kasih-sayang yagn tulen..Bukan dibahagi-bahagikan......

Aku tertanya-tanya adakah aku ditebing kebinasaan..Aku beristighfar memohon keampunannya....Aku  juga berdoa agar dia melindungiku dari sebarang kejahatan...

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah nabi yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat...Cukuplah agamamu untuk mebimbing ku kelak....

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu untukku....alangkah
indahnya......Bukan itu yang ku impikan..Cukuplah kau menyintai Allah dengan sepenuh hatimu...kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya....Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa...
Moga cinta itu juga akan mempertemukan kita kembali di syurga kelak....:)


P/S:-Uhibbuhu fillah walillah....Ya Habibi fi Qalbi.....

Sunday, November 14, 2010

~PUJUKLAH HATIMU WAHAI WANITA SOLEHAH~




Wahai wanita solehah.....
Jangan risau akan jodohmu....
Kerana muslimin yang bijaksana itu...
Tidak akan terpaut pada wanita..
Hanya kepda kecantikan,lirikan senyuman..
Pada bicara manja yang menggoda...
Atau pada pujuk rayu wanita..
Yang meruntuhkan imannya..


Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita..
Andai belum sampai jodohmu..
Anggaplah lelaki yang engkau nantikan itu..
Sedang membina sahsiah kepimpinan...
Bagi memimpin dirimu.....
Kerana pada wanita itu....
Pasti ada kekurangan dan..
Lelaki yang benar-benar layak.....
Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu....




"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa cinta dan kasih sayang........"<ar-ruum:21>

Saturday, November 13, 2010

~BICARA BUATMU SAHABAT~







Aku sedaya termampu untuk segala harta yang aku miliki. Biarlah ianya bukan harta benda. Sekadar nukilan hikmah cuma. Semoga kita tetap di landasan yang Esa. Dan andai esok aku miskin pedoman. Semoga kalian sudi membimbing dan berpesan kepada ku. Untuk pulang semula..

Aku sanggup luangkan masa yang ada. Untuk merasai nikmat dan eratkan silaturrahim bersama kalian. Dan semoga dikala aku kesempitan waktu, Untuk terus berhubung denganmu.Hubungilah.

Fizikal dan naruni ini masih ampuh, Benar-benar muda...Dan memerlukan kalian semua. Yang telah lama mengemudi sebuah kehidupan. Agar aku tak bersimpang.........

Kala ini aku masih ada disamping kalian. Namun Hari esok malah sesaat mendatang. Belum pasti aku hidup atau mati????.............




~RAHMAT DISEBALIK UJIAN~




Apabila hati mula meronta-ronta kesakitan, apabila berjurai airmata mengalir, ada insan hadir, cuba membuat kita mengukir senyuman. Ada insan hadir membuatkan kita ceria sebentar. Biarlah hanya sebentar. Kerana itu tanda Allah berada disisi kita. Jangan bersedih....kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasih-Nya..jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah.. Tanpa dugaan yang Allah beri hingga ke hari ini, kita pasti akan menjadi lemah, alpa , khilaf...

"Kami sayangkan kamu"
"Allah paling sayang kamu...tenang-tenang sudah"..
"Mabruq jiddan!"..

MasyaAllah!!.. terima kasih Allah!!.. terima kasih kawan!!...Move on move!!.. Bangun!..bangun..Kamu tidak akan pandai jika kamu mahu terus berada di zon selesa!.. Bangun dan berjalan. kejarlah masa!.. Bangun dan lihatlah!..., Kamu ketinggalan!.. Bangun dan sedarlah...Allah sayang kamu..Terus bangun..Berdiri ,Bukalah langkah kamu, tidak perlu melihat keseluruhan jalan. hanya buka langkah, dan teruskan.....Moga Allah permudahkan segala urusan ummat nabi Muhammad..umat akhir zaman yang terpilih...

Saudaraku..teman-temanku...alangkah lenanya kita selama ini.. Sungguh alpa kita dewasa ini.. Tidak boleh dinafikan. Manja singguh kita, saya akui..saya juga sama..Ya Allah..syukur..Allah beri dugaan, Untuk menguatkan semula hati kita.Allah beri dugaan...kerana sayang-Nya pada kita..Tegakkanlah semangat kita bersama-sama segumpal azam!!.. kental dan teguh..sekukuh kaabah waktu diserang Abrahah!!..Kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia mengetawakan keputusanmu!..
Move on!!..

Pandang kanan..kiri..tiada siapa bisa membantumu?..Pandang bawah..bumi seolah-olah berat menerimamu?..Pandang keatas! Ya Allah, langit terbentang luas kepada kita..luas lagi kasih sayang-Nya..keampunan-Nya,ya Allah! bebasnya burung itu terbang kesana kemari..cantik nya awan menghiasi dada langit.. cantik sungguh ciptaan Allah..namun,kitalah..manusia semulia-mulia ciptaan!!..secantik-cantik ciptaan!!..sahabat!!..jangan malu meminta pada Allah..Jangan segan memohon cinta Allah..jangan jelek menerima hadiah Allah...DUGAAN..Sayang-Nya Allah pada kita...itu cara Allah memberi Kasih sayang-Nya..Ya Allah..Terima kasih Ya Rabb......

Friday, November 12, 2010

~BIDADARI DUNIA DAN AKHIRAT~




Pernahkah terlintas dalam hatimu ya ukhti,saudariku muslimah untuk menjadi bidadari dunia dan di akhirat nanti?. Pernahkah kaumembayangkan betapa cantik dan angunnya ia, menjadi idaman dan simpanan hamba-hamba Allah yang soleh dan bertaqwa. Pernahkah engkau mengangankanya? pernahkah engkau mengimpikannya? Tidakkah hatimu tergerak untuk segera meraihnya? sesungguhnya bidadari dunia adalah ia para wanita solehah. memurnikan ibadahnya hanya untuk-Nya semata , hatinya selalu takut dan terikat dengan Rabb-nya. mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun dihadapan banyak manusia.


Selalu terbayang dalam pelupuk matanya syurga yang dijanjikan Allah menantinya dari pintu manapun ia suka, ia bisa memasukinya. Hatinya selalu menimbang dengan timbangan akhirat sehingga segala urusan dunia yang bertentangan dengan syariat Allah dan Rasul-Nya akan mudah ia singkirkan dan tinggalkan.


Duhai betapa elok dan indah akhlaknya , bila ia belum bersuami maka berbakti kepada kedua orang tua. Orang tuanya lah ladang amalnya memanfaatkan kesempatan yang berharga ini dengan berusaha mendapatkan keredhaan dari keduanya. Bila ia telah bersuami maka bersemangatlah hatinya untuk berbakti kepada suaminya, menemani sang suami dalam keadaan suka dan duka, mendidik anak-anaknya agar mereka berjalan atas sunnah dan manhaj yang benar yaitu manhaj salafuna shalil. Bereni meluruskan suami apabila ia bersalah dengan bahasa yang lembut  dan bersabar atas kekurangannya.. membantu suami dalam mentaati Rabbnya, sesungguhnya Allah tidak akan mensiakan amalan hambannya. Jika engkau bersabar dan istiqamah maka insyaAllah engkau akan menjadi penghuni syurga yang cantik jelita itu.


Janganlah engkau resah dan gundah, merasa kecewa hatimu kerana melihat sulitnya jalan untuk sampai kesana. Jalan itu akan mudah engkau tuju apabila engkau memohon pertolongannya dalam setiap desah nafasmu. Sehingga segala tindak tandukmu selalu dalam bimbingan-Nya. Dan renungkanlah apabila engkau berhasil mencapai predikat wanita solehah(bidadari dunia) semua adalah dari Rabbmu semata , bersyukurlah atas nikmat ini dan ajangan sekali engkau takkabur. Ingat selalu firmannya:-


"Dan tidaak ada taufiq bagiku melainkan dengan pertolongan Allah" (huud:88)

Thursday, November 11, 2010

Hijjaz - 'Engkau Insan Sempurna' (Unofficial)




DIRIMU TERLALU SEMPURNA
AKHLAKMU YANG SUNGGUH MULIA 
JASAMU  YANG AMAT BERHARGA
MENERANGI JALAN SYURGA
SELALU AKU YANG TERLUPA
SELAWAT JARANG TERLAKSANA
DI BIBIR MENGATAKAN CINTA
DI HATI PULA BERDUSTA

BILA DIUJI DAN DIPUJUK NAFSU
KU MEMINJAM CEKAL KETABAHANMU
KERNA KU YAKIN DI SUATU WAKTU
SYAFAATMU YANG DAPAT MEMBANTUKU

TIKA BERENANG DI LAUT DERITA
SANG MENTARI SEJENGKAL DI KEPALA
SAAT DIHITUNG DOSA DAN PAHALA
SIAPAKAH YANG AKAN MEMBELA
 
KESYUKURAN ATAS KURNIAAN RAHMATNYA
MENGDIAHKAN KU SEORANG 
INSAN SEMPURNA BERJASA
SELAYAKNYA 
ENGKAU DI KASIHI DICINTA
KERANA DIRIMU YA RASUL
KEKASIH TERISTIMEWA......



Pasrah Segalanya - De Hearty





DENGAR KAN LAH LAGU INI!!!......:))

Wednesday, November 10, 2010

~UJIAN ORANG YANG BERIMAN~



Hidup kita di dunia ini tidaklah sentiasa menggembirakan...Bila mula jer nak bersukaria.tetiba ditimpa bencana...Ada yang riang gembira bersama keluarga tercinta, ada yang berdukacita kehilangan ibubapa...kita selalu jer nampak seseorang tue gembira, "happy go lucky" la katakan.... tapi kita tak tahu sebenarnya dia tue dalam kesusahan dan kesedihan...Begitulah yang dinamakan kehidupan......Susah dan senang silih berganti.....


Tetapi ingat teman-teman....Allah selalu menguji orang-orang yang beriman dengan keadaan yang tidak disukai seperti kelaparan, kekurangan diri, bencana, sakit, kegagalan dan banyak lagi ujian-Nya..Segala ujian diturunkan adalah untuk menaikkan darjat hamba-Nya dan menguji sejauh manakah ketaatan kita kepada Allah..Seseorang yang lulus adalah orang yang tetap bersabar, tidak mengeluh,berprangsangka baik kepada Allah.....


Allah berfirman dalam Al-Quran:"Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"..(surah al-baqarah, ayat 153)..Oleh yang demikian,jika ditimpa musibah dan cubaan, maka bersabarlah dan mintalah pertolongan Allah.....


Ya allah....Ya Rahman...Ya Rabbi Ya Illahi....
Curahkan rahmat dan kasihmu..
Ya Allah..dengarlah pintaku....
Kabulkan doa harapanku...
Agar ku dapat kirimkan tujuan akhir jalan hidupku..
"Saat kekalahan itu bermula bila kamu lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu:....


P/S:-"Untuk Apa kita hidup andai tak diuji"....

Tuesday, November 2, 2010

~MENANGISLAH DUHAI HATI~




Di tengah-tengah kehidupan, pernahkah kita menumpahkan air mata ketika bangun di tengah malam, mengadu hidup yang penuh dengan noda dan dosa kepada Allah Yang Maha Mengasihani...walaupun sekali??

Ibarat tanah yang gersang, padang yang kering, tumbuh-tumbuhan yang layu, maka datanglah rintik hujan jatuh dari langit. begitulah air mata penyesalan, air mata penuh kerinduan pada Yang Esa, air mata insan yang bertawadhuk dan penderhaka yang bertaubat, bagaikan menghapus "kegersangan" jiwa yang berdosa tadi..

Jiwa yang layu menjadi tegak dan semangat tubuh kembali, kegelisahan kalbu yang gersang dengan berbagai dosa kini pupus, bagaikan debu-debu hanyut dibawa arus.....

Menangislah duhai hati,tatkala kau merindukan pada yang Esa....menangis lah duhai hati ketika kau mengenangkan dosa-dosa lalu...Rintihlah kepadaNya.......Mengadulah kepadaNya....kerana dengan mengadu kepadaNya hati mu akan menjadi tenang.....Allah suka pada hamba yang selalu mengadu kepadanya......

Saat masalah timbul untukkmu......percaya lah..itu satu tarbiyah dari Allah,,.Jangan kau kesali akan ujian itu....malah kau patut lebih bersyukur kepadaNya.....Ujian membuatkan kita matang.....lebih berfikir.....Allah tidak akan beri ujian itu pada hambanya jika tidak tahu hambanya tidak boleh hadapinya.....

P/S:-Menangislah..........mengadulah pada Yang Esa...

Monday, November 1, 2010

~UNTUKMU MUSLIMAH SOLEHAH~



Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata, seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat?? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau.Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.


"Seseorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh disudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa?kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.


Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya....tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya di benak hati saya, cukupkah kita sekadar dilahirkan sebagai wanita, Bolehkah kita bangga menyandang keistimewaan ini??


Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung ini..Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah.:-"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"..
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat sudi menjadi khadamnya..Hebat sungguh wanuta solehah!!


Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang manjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu..Nauzubillah.


Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati...tapi haruman itu tidak kekal.Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran.Berbeza dengan keharuman sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan atau sekadar tumbuh dipinggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas..


Wanita solehah yang hatinya yang hatinya terikat dengan Allah, si gadis dihiasi dengan sifat sopan santun dan malu.. si anak mentaati ibubapa, serikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat, si isteri penuh ketaatan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepadaNya Yang Maha Esa.Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki "Perhiasan sejati"..kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga..Syurga dunia yang disegarkan dan syurga hakiki yang kekal abadi.


Seseorang wanita yang hatinya jauh dari tuhan masih mampu menjadi perhiasan yang digilai oleh segenap lelaki.Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sanggup berkorban segala-galanya ,suatu perhambaan yang tersirat, Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan "palsu" ini.Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!!


Wanita boleh memilih untuk menjadi "Bunga sejati".Wanita solehah yang membawa tenang...yang membuatkan semua hati gembira bila berdamping dengannya..Yang tidak tertaut pada kemaksiatan,..Yang cintanya hanya untuk Yang Esa...Yang sentiasa mengalirkan air mata,takut akan dosa menyelubugi diri...Yang percaya dengan janji-janji Allah...Yang pelihara cintanya hanya untuk yang benar-benar halal...Yang sentiasa tunduk menjaga penglihatan dari memandang lelaki ajnabi...

P/S:-Ana lebih suka menulis tentang muslimah,ia mungkin juga berkait rapat dengan diri ana dan orang lain.."tidak kesiankah aku melihat sahabatku2 yang hanyut dgn cinta dunia yang tidak menjajikan apa-apa"...

Sunday, October 31, 2010

ALLAH LEBIH MENGETAHUI....BERSABARLAH DUHAI HATI..




Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan bernama kekasih,
Apatah lagi kita dibuang begitu sahaja..tapi,itulahjuga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang terbaik..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan oprang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masaa hadapan..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA,,..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa "CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH"

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL..

P/S:-Jagalah hatimu itu untuk seseorang yang benar-benar halal....Insya"ALLAH hidupmu akan lebih diberkati olehNya....

Saturday, October 30, 2010

MENCARI KETENANGAN HATI.....




Setiap hari kita ketawa.Setiap hari kita jumpa kawan.Setiap hari kita dapat apa yang kita nak..tapi kenapa hati kita tak gembira....

Kita sembahyang setiap hari..Kita berdoa selalu pada Allah..Kita mintak sunguh-sungguh pada Allah.Tapi kenapa susah sangat doa kita makbul??Sedangkan Allah ada berfirman."Berdoalah padaku,nescaya akan ku makbulkan..

Apa  masalah kita???

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat..Kita Asyik memikirkan benda yang tak ada,samapai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita..

Kita berdoa..Tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan??

Sebab kita asyik meminta pada Allah,Tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah.sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah.Alangkah tidak malunya kita.Kita merintih,kita merayu agar Allah makbulkan doa kita.Tapi,lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah.kita tak bersyukur pada Allah.Bila dah datang kesusahan,baru nak ingat Allah balik.Baru nak menangis,merintih..mintak Allah pandang kita....Macam mana Allah nak makbulkan doa kita??

Cuba kita renung diri kita..Cuba hitung berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari??Tak payah seminggu,cukuplah sehari saja..Berapa kali agaknya??itupun kalau ada sebutla...

Pernah kita bangun malam,solat sunat...solat tahajud..solat taubat??..pernah?Ada....waktu zaman sekolah dulu..Itupun,lepas kene ketuk dengan warden,suruh bangun..Lepas tu...ada??..Ada...time dah nak exam...waktu rasa result ada macam aura nak fail..Siap buat solat hajat lagi!..lepas dapat result tu..ada tak buat sujud syukur??hmm...entahla..takinagt pula..

Alangkah tidak malunya kita....Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ini..kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita..Nabi Adam..kecuali Iblis laknatullah...Betapa allah muliakan kejadiaan manusia.Tapi kita sendiri tak memelihara diri kita..Kita lupa pada pencipta kita sendiri...Lembutkan lah hati kita...Bersyukur dengan nikmat Allah.....Ikhlas lah dalam membuat kebajikan dan kebaikan,....

Sesungguhnya,hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita...Insya'Allah...kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman...Tenanglah dikau wahai Hati......

~Munajat PadaMu Ya Allah~




"Ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwudhu'lah..
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita maka bertakbirlah..
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...
Ketika gelombang kehidupan menghantam dan membuat tubuh ini jatuh tersungkur, maka ikhlaskanlah semua dan mendekatlah kepada-Nya...


Agar tunduk di saat yang lain berdiri angkuh,..
Agar teguh disaat yang lain runtuh....
Agar tegar di saat yang lain terlempar keluar...


Yaaa Illahi....Ya Rabbi.....
Kuatkanlah aku untuk dapat terus berjuang menuju redhamu.....
Untuk aku terus berjalan.......Di atas jalan yang Engkau redhai....
Anugerahkanlah aku hati yang senantiasa ikhlas dan redha atas segala ketetapanMu....


Aku mohonYa Allah kau kuatkan lah Hati ku ini..
Yang kadangkala teruji,dan tidak kuat untuk hadapi...
Kadangkala Hati ini terlalu lemah....


Aku mohon kekuatan dariMu Ya Allah.....

Amin Ya..Rabbal'Alamin.....


P/s:Ana paling takut degan ujian hati dan perasaan...mohon kekuatan dariNya.....insya:Allah....

MALAM YANG PENUH CINTA.....



Malam ku menapak mencari cinta Mu YA ALLAH..
Malam yang sunyi tiada lagi ketika manusia sedang nyenyak tidur..
Aku menghulurkan tangan menyentuh air yang sejuk mencecah ke tulang-belulangku...
Aku syukur berwudhuk menggugurkan dosa-dosa kecilku..
Aku melangkah kaki kue tikar solat..
Menghadap tuhan yang Esa...
Bertakbir.....
Merdu sungguh kalimah itu di telingaku...
Ketika ini betapa dekatnya aku kepada pencipta..
Aku berusaha membaiki solatku takut tiada keikhlasan hilang kekhusyukan...
Aku memberi salam..sedih sekiranya ini solat malam terakhirku..


Aku berdoa menghadap RABBIKU..
Aku mengadu meminta supaya diampunkan dosa-dosaku..
Minta dimasukkan kedalam syurganya...
Memberati amalan kebajikanku di akhirat di mana tiada pertolongan ketika itu..
Semoga catatan amalan kebajikanku aku terima dengan tangan kananku...
Semoga aku dimatikan dengan ucapan kalimah syahadat....


Sedihnya aku memikirkan......
Bagaimana akhirnya hayatku.......


ALLLAHU AKBAR!!!!!

Sunday, October 17, 2010

BERCOUPLE ATAU JUAL MAHAL...



Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu...

Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum  berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

CINTA MONYET

Alhamdulillah, semasa  di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar. Ada sahaja rakan-rakan ber'cinta'  seawal darjah lima.


Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini. Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat. Mungkin merasakan diri telah matang sedangkan baru menginjak remaja, Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam. Kenyataan-kenyataan seperti:bacth kami bercinta seperti tukar baju.(play boy). Aduh!! saya menjadi semakin bingung..Benarkah??

ERTI COUPLE. CINTA DAN PERKAHWINAN.

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti. Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam islam. Bahkan. Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa. Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya..

 

KEKASIH HATIKU.....



Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang Solehah. Jika inginkan yang Solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang Solehah, tetapi berusahalah menJADI yang Soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah...kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, Maka ramailah calon, dan mudahlah sikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk membina Baitul Muslim dengan pasangan 'itu' walaupun mungkin tidak 100% (30% pon belum tentu)mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI bukan MENCARI......

P/S:Renung-renungkanlah wahai sahabat.....

TAKDIR DAN DOAKU...



Takdir sesuatu yang misteri. Rahsia dia pemilik alam. Kerahsiaan itu satu kejaiban. Dan boleh jadi satu kekecewaan. Sengaja takdir manusia itu dirahsiakan. Supaya kita selalu menyimpan harapan.Kuatkan azam capai impian. Bagi yang lemah pula mungkin sebaliknya. Merasakan takdir hidup mereka telah ditentukan begitu dan begini.Misteri takdir umpama misteri kiamat. Mana mungkin dibolos fikiran kita yang terhad mampunya.

Aku manusia lemah. Selalu terjatuh. Selalu juga berfikir takdir hujung perjalanan hidupku. Bila hari yang kulalui terasa suram dan pudar. Atau bilamana apa yang ku harap sepertinya selalu musnah. Berdosakah aku punya rasa kekecewaan seperti ini. Kurang bersyukurkah aku pada limpahan rahmat yang telah Kau berikan selama ini??

Aku masih bernafas. Punya waktu untuk sujud taubat kepadaMu. Itulah Rahmat terbesar kau beri pada insan lemah ini. Peluang untuk terus mendekatkan diri padaMu.. Mengadu rintih bila mana kurasakan hanya engkau yang memahami gelodak perasaan ku ini..

Tuhan, apa mungkin hujung hidupku, semuanya dalam Kun FayakunMu. Dunia ini tipu daya. Ingatkanlah aku begini selalu..Amiin...

Wahai orang-orang yang beriman!! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya??

Iaitu, Kamu beriman kepada Allah (SWT) dan Rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama  ALLAH (SWT) dengan harta benda dan diri kamu, Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

(As-Saff-10-11)

CATATAN HATIKU....



Langit tak selalu cerah..kata orang tua.Langit itu perumpamaan hidup ini.Hari ini, langitku kesuraman. Enggan berbicara panjang. Berehat dari kerja.Fikiran menerawang. Bila hati kelabu, bibir pun jadi lesu untuk berkata. Kalau boleh, mahu terus berfikir, berdiam dan berfikir lagi. Tapi kehidupan selalu ada ruang untuk itu dan ini. Itu perlu dibereskan. Ini kena disiapkan.

Cerita kehidupan umpama rona alam. Tercalit paduan warna yang pelbagai. Ada yang harmoni, ada pula yang kontras. Tidak dijadikan semua ini sia-sia, buat mereka yang berfikir. Orang kata banyak berfikir maknanya kurang bercakap. kurang bercakap 'tak bagus' untuk kesihatan mental.Aku dijadikan Tuhan memang kurang bercakap.Mungkin ada hikmahnya.

Entry kali ini berbeza.Terjemahan makna kehidupan yang yang sebenarnya cerita. Cerita kehidupan karangan biasa insan biasa. Yang melalui kehidupan dengan rasa yang berbeza. Hari ini takkan sama dengan semalam... Takkan!!! walaupun episod perjalanannya sama. Sebab tiada satu detik pun yang sama.

Cerita kehidupan adalah cerita hati......

Cerita hati...

Hati ini.....

Ada airmata dicelah aya-ayat tak sempurna...

Bila hati mahu menyatakan yang di dalam, bahasa bukan pemudah cara yang asli. Tapi biarlah entry ini jadi penanda cerita. Supaya aku tahu aku pernah merasai sesuatu yang begini...

Saturday, October 16, 2010

TAHNIAH MPP MAAHAD SAS!!



                              MAJLIS HARI GURU MAAHAD SAS....
                              TEMA:PADANG PASIR.

Begitulah majlis pelancaran Hari guru yang telah dikendalikan oleh MPP Maahad Sas...Yang bertemakan Padang Pasir...ala-ala arab gitu..hehehehe..:))..Ape-ape pon majlis nie dah lame selesai..cuma sy ingin mengimbau kembali kenangan kami (MPP) bersusah payah mengerah otak demi ingin memastikan Majlis ini berjalan dengan lancar...

Alhamdulillah segala usaha kami mendapat kerjasama yang baik dari semua pelajar dan guru-guru..Terima Kasih semua!!!..cuma apa yang menggembirakan sy Majlis Hari Guru Tahun ini amat meriah sekali....semuanya telah diatur dgn baik dan bagus sekali...Setelah guru memasuki Dewan kami mengiringi guru dgn lagu arab dan diapit oleh ahli jawatankuasa MPP....semua pelajar bersorak meraikan guru yang hadir pada masa itu...Program dan aktiviti dijalankan di dalam dewan sahaja....

Dan yang menyeronokkan lagi,MPP mewajibkan semua guru memakai baju Ala-ala Arab....semua guru wajib memakai Pakaian Arab....Alhamdulillah semua guru memberi kerjasama yang baik....Semuanya memakai Jubah Ala-ala Arab.....best!!!...kenangan yg xdapat dilupakan...walaupun penat menguruskan Majlis itu tapi berbaloi dengan usaha kami..ALHAMDULILLAH...

MAAFKAN AKU.....



Sudah terlalu lama aku berdiam,
sudah terlalu nyenyak aku berhening,
sudah terlalu jauh aku menggelap,
sudah terlalu banyak aku menghukum diri in.

Cukup,
Kurasa cukup bagiku.

Berlakon sebagai pertapa untuk mencari syurga?
Mengoyak raga untuk menebus dosa?
Namun apa yang ku dapat?
Amarah di dalam hidupku,neraka bagi jiwaku.

Kini,aku sedar dan mengerti,
Aku telah berdosa,terhadap jiwaku sendiri.

Maafkan aku jiwaku,mafkan aku,
seharusnya aku bergirang di bawah hangatnya cahaya
seharusnya aku mengerti apa ertinya cahaya,
Namun,dimana ada cahaya disitulah ada bayangan.
Aku terlalau takut akan bayangan yang mengikuti langkahku di dalam cahaya
Kucuba membungkamnya di dalam kegelapan.
Membungkus di dalam kelam,
Kukira aku merasa damai dan amn.
Kukira.

Cukup.
Cukup sudah Bagiku!
Aku berhak untuk bahagia.
Aku berhak untuk tertawa..
Tetapi,siapa yang tidak?!
Kelak dia,pergerakan semesta yang dapat menilainya.
Bukan aku,bukan juga mereka.

Maafkan aku jiwaku,maafkan aku.
Kucuba ciptakan gelak tawa untuk dunia,juga duniaku.
Tak sepatutnya aku membunuhmu, meskipun dunia membuatku jenuh dan letih...

Aku tidak mengusir diriku dari dalam kegelapan,tidak.
Aku hanya belajar untuk mencintai cahaya.
Untuk hidupku dan hidupmu.
Untuk kebahagiaanku dan kebahagiaanmu....

KEISTIMEWAAN WANITA....



                            Wanita dengan fitrahnya yang khas memiliki keistimewaan sebagai berikut:-

1.Doa wanita lebih ma.kbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasullullah S.A.W akan hal tersebut,Jawab baginda:"Ibu lebih penyayang dari bapa dan orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2.Wanita yang solehah itu lebih baik dari 70 orang laki yang soleh.

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan nabi Ismail A.S.

5.Wanita yang tinggal bersama ana-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasullullah) didalam syurga.

6.Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7.Daripada Aisyah r.a "barang siapa  yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anaknya perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.

8.Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

9.Apabila memanggil akan engkau  dua  orang ibubapamu, maka jawablah  panggilan ibu mu dulu.

10.Wanita yang berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pinytu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11.Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


12.seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.


13.Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari 10000 laki yg jahat.


P/s:Moga-moga kita semua dilindungi rahmat oleh-NYa....Insyaallah...

Kehebatan Bismillah....



                      "BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIIM" Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani......

Mukjizat di sebalik BISMILLAH...
BISMILLAH adalah sebutan/nama dari lafaz "BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIM" yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang'..

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH:-

1.Yang pertama ditulis dalam kalam adalah BISMILLAH.Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.(Hadis Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan kedunia, maka semua awan berlari kearah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orng sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata:"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH setiap hari.

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian kan kebakaran, maut mendadak dan bala.

P/S:Sama-samalah kita mengamalkannya....INSYAALLAH....