VIP-VIP TERKENAL!!

Sunday, October 31, 2010

ALLAH LEBIH MENGETAHUI....BERSABARLAH DUHAI HATI..




Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan bernama kekasih,
Apatah lagi kita dibuang begitu sahaja..tapi,itulahjuga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang terbaik..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan oprang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masaa hadapan..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA,,..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa "CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH"

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL..

P/S:-Jagalah hatimu itu untuk seseorang yang benar-benar halal....Insya"ALLAH hidupmu akan lebih diberkati olehNya....

Saturday, October 30, 2010

MENCARI KETENANGAN HATI.....




Setiap hari kita ketawa.Setiap hari kita jumpa kawan.Setiap hari kita dapat apa yang kita nak..tapi kenapa hati kita tak gembira....

Kita sembahyang setiap hari..Kita berdoa selalu pada Allah..Kita mintak sunguh-sungguh pada Allah.Tapi kenapa susah sangat doa kita makbul??Sedangkan Allah ada berfirman."Berdoalah padaku,nescaya akan ku makbulkan..

Apa  masalah kita???

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat..Kita Asyik memikirkan benda yang tak ada,samapai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita..

Kita berdoa..Tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan??

Sebab kita asyik meminta pada Allah,Tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah.sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah.Alangkah tidak malunya kita.Kita merintih,kita merayu agar Allah makbulkan doa kita.Tapi,lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah.kita tak bersyukur pada Allah.Bila dah datang kesusahan,baru nak ingat Allah balik.Baru nak menangis,merintih..mintak Allah pandang kita....Macam mana Allah nak makbulkan doa kita??

Cuba kita renung diri kita..Cuba hitung berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari??Tak payah seminggu,cukuplah sehari saja..Berapa kali agaknya??itupun kalau ada sebutla...

Pernah kita bangun malam,solat sunat...solat tahajud..solat taubat??..pernah?Ada....waktu zaman sekolah dulu..Itupun,lepas kene ketuk dengan warden,suruh bangun..Lepas tu...ada??..Ada...time dah nak exam...waktu rasa result ada macam aura nak fail..Siap buat solat hajat lagi!..lepas dapat result tu..ada tak buat sujud syukur??hmm...entahla..takinagt pula..

Alangkah tidak malunya kita....Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ini..kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita..Nabi Adam..kecuali Iblis laknatullah...Betapa allah muliakan kejadiaan manusia.Tapi kita sendiri tak memelihara diri kita..Kita lupa pada pencipta kita sendiri...Lembutkan lah hati kita...Bersyukur dengan nikmat Allah.....Ikhlas lah dalam membuat kebajikan dan kebaikan,....

Sesungguhnya,hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita...Insya'Allah...kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman...Tenanglah dikau wahai Hati......

~Munajat PadaMu Ya Allah~




"Ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwudhu'lah..
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita maka bertakbirlah..
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...
Ketika gelombang kehidupan menghantam dan membuat tubuh ini jatuh tersungkur, maka ikhlaskanlah semua dan mendekatlah kepada-Nya...


Agar tunduk di saat yang lain berdiri angkuh,..
Agar teguh disaat yang lain runtuh....
Agar tegar di saat yang lain terlempar keluar...


Yaaa Illahi....Ya Rabbi.....
Kuatkanlah aku untuk dapat terus berjuang menuju redhamu.....
Untuk aku terus berjalan.......Di atas jalan yang Engkau redhai....
Anugerahkanlah aku hati yang senantiasa ikhlas dan redha atas segala ketetapanMu....


Aku mohonYa Allah kau kuatkan lah Hati ku ini..
Yang kadangkala teruji,dan tidak kuat untuk hadapi...
Kadangkala Hati ini terlalu lemah....


Aku mohon kekuatan dariMu Ya Allah.....

Amin Ya..Rabbal'Alamin.....


P/s:Ana paling takut degan ujian hati dan perasaan...mohon kekuatan dariNya.....insya:Allah....

MALAM YANG PENUH CINTA.....



Malam ku menapak mencari cinta Mu YA ALLAH..
Malam yang sunyi tiada lagi ketika manusia sedang nyenyak tidur..
Aku menghulurkan tangan menyentuh air yang sejuk mencecah ke tulang-belulangku...
Aku syukur berwudhuk menggugurkan dosa-dosa kecilku..
Aku melangkah kaki kue tikar solat..
Menghadap tuhan yang Esa...
Bertakbir.....
Merdu sungguh kalimah itu di telingaku...
Ketika ini betapa dekatnya aku kepada pencipta..
Aku berusaha membaiki solatku takut tiada keikhlasan hilang kekhusyukan...
Aku memberi salam..sedih sekiranya ini solat malam terakhirku..


Aku berdoa menghadap RABBIKU..
Aku mengadu meminta supaya diampunkan dosa-dosaku..
Minta dimasukkan kedalam syurganya...
Memberati amalan kebajikanku di akhirat di mana tiada pertolongan ketika itu..
Semoga catatan amalan kebajikanku aku terima dengan tangan kananku...
Semoga aku dimatikan dengan ucapan kalimah syahadat....


Sedihnya aku memikirkan......
Bagaimana akhirnya hayatku.......


ALLLAHU AKBAR!!!!!

Sunday, October 17, 2010

BERCOUPLE ATAU JUAL MAHAL...



Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu...

Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum  berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

CINTA MONYET

Alhamdulillah, semasa  di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar. Ada sahaja rakan-rakan ber'cinta'  seawal darjah lima.


Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini. Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat. Mungkin merasakan diri telah matang sedangkan baru menginjak remaja, Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam. Kenyataan-kenyataan seperti:bacth kami bercinta seperti tukar baju.(play boy). Aduh!! saya menjadi semakin bingung..Benarkah??

ERTI COUPLE. CINTA DAN PERKAHWINAN.

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti. Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam islam. Bahkan. Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa. Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya..

 

KEKASIH HATIKU.....



Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang Solehah. Jika inginkan yang Solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang Solehah, tetapi berusahalah menJADI yang Soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah...kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, Maka ramailah calon, dan mudahlah sikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk membina Baitul Muslim dengan pasangan 'itu' walaupun mungkin tidak 100% (30% pon belum tentu)mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI bukan MENCARI......

P/S:Renung-renungkanlah wahai sahabat.....

TAKDIR DAN DOAKU...



Takdir sesuatu yang misteri. Rahsia dia pemilik alam. Kerahsiaan itu satu kejaiban. Dan boleh jadi satu kekecewaan. Sengaja takdir manusia itu dirahsiakan. Supaya kita selalu menyimpan harapan.Kuatkan azam capai impian. Bagi yang lemah pula mungkin sebaliknya. Merasakan takdir hidup mereka telah ditentukan begitu dan begini.Misteri takdir umpama misteri kiamat. Mana mungkin dibolos fikiran kita yang terhad mampunya.

Aku manusia lemah. Selalu terjatuh. Selalu juga berfikir takdir hujung perjalanan hidupku. Bila hari yang kulalui terasa suram dan pudar. Atau bilamana apa yang ku harap sepertinya selalu musnah. Berdosakah aku punya rasa kekecewaan seperti ini. Kurang bersyukurkah aku pada limpahan rahmat yang telah Kau berikan selama ini??

Aku masih bernafas. Punya waktu untuk sujud taubat kepadaMu. Itulah Rahmat terbesar kau beri pada insan lemah ini. Peluang untuk terus mendekatkan diri padaMu.. Mengadu rintih bila mana kurasakan hanya engkau yang memahami gelodak perasaan ku ini..

Tuhan, apa mungkin hujung hidupku, semuanya dalam Kun FayakunMu. Dunia ini tipu daya. Ingatkanlah aku begini selalu..Amiin...

Wahai orang-orang yang beriman!! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya??

Iaitu, Kamu beriman kepada Allah (SWT) dan Rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama  ALLAH (SWT) dengan harta benda dan diri kamu, Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

(As-Saff-10-11)

CATATAN HATIKU....



Langit tak selalu cerah..kata orang tua.Langit itu perumpamaan hidup ini.Hari ini, langitku kesuraman. Enggan berbicara panjang. Berehat dari kerja.Fikiran menerawang. Bila hati kelabu, bibir pun jadi lesu untuk berkata. Kalau boleh, mahu terus berfikir, berdiam dan berfikir lagi. Tapi kehidupan selalu ada ruang untuk itu dan ini. Itu perlu dibereskan. Ini kena disiapkan.

Cerita kehidupan umpama rona alam. Tercalit paduan warna yang pelbagai. Ada yang harmoni, ada pula yang kontras. Tidak dijadikan semua ini sia-sia, buat mereka yang berfikir. Orang kata banyak berfikir maknanya kurang bercakap. kurang bercakap 'tak bagus' untuk kesihatan mental.Aku dijadikan Tuhan memang kurang bercakap.Mungkin ada hikmahnya.

Entry kali ini berbeza.Terjemahan makna kehidupan yang yang sebenarnya cerita. Cerita kehidupan karangan biasa insan biasa. Yang melalui kehidupan dengan rasa yang berbeza. Hari ini takkan sama dengan semalam... Takkan!!! walaupun episod perjalanannya sama. Sebab tiada satu detik pun yang sama.

Cerita kehidupan adalah cerita hati......

Cerita hati...

Hati ini.....

Ada airmata dicelah aya-ayat tak sempurna...

Bila hati mahu menyatakan yang di dalam, bahasa bukan pemudah cara yang asli. Tapi biarlah entry ini jadi penanda cerita. Supaya aku tahu aku pernah merasai sesuatu yang begini...

Saturday, October 16, 2010

TAHNIAH MPP MAAHAD SAS!!



                              MAJLIS HARI GURU MAAHAD SAS....
                              TEMA:PADANG PASIR.

Begitulah majlis pelancaran Hari guru yang telah dikendalikan oleh MPP Maahad Sas...Yang bertemakan Padang Pasir...ala-ala arab gitu..hehehehe..:))..Ape-ape pon majlis nie dah lame selesai..cuma sy ingin mengimbau kembali kenangan kami (MPP) bersusah payah mengerah otak demi ingin memastikan Majlis ini berjalan dengan lancar...

Alhamdulillah segala usaha kami mendapat kerjasama yang baik dari semua pelajar dan guru-guru..Terima Kasih semua!!!..cuma apa yang menggembirakan sy Majlis Hari Guru Tahun ini amat meriah sekali....semuanya telah diatur dgn baik dan bagus sekali...Setelah guru memasuki Dewan kami mengiringi guru dgn lagu arab dan diapit oleh ahli jawatankuasa MPP....semua pelajar bersorak meraikan guru yang hadir pada masa itu...Program dan aktiviti dijalankan di dalam dewan sahaja....

Dan yang menyeronokkan lagi,MPP mewajibkan semua guru memakai baju Ala-ala Arab....semua guru wajib memakai Pakaian Arab....Alhamdulillah semua guru memberi kerjasama yang baik....Semuanya memakai Jubah Ala-ala Arab.....best!!!...kenangan yg xdapat dilupakan...walaupun penat menguruskan Majlis itu tapi berbaloi dengan usaha kami..ALHAMDULILLAH...

MAAFKAN AKU.....



Sudah terlalu lama aku berdiam,
sudah terlalu nyenyak aku berhening,
sudah terlalu jauh aku menggelap,
sudah terlalu banyak aku menghukum diri in.

Cukup,
Kurasa cukup bagiku.

Berlakon sebagai pertapa untuk mencari syurga?
Mengoyak raga untuk menebus dosa?
Namun apa yang ku dapat?
Amarah di dalam hidupku,neraka bagi jiwaku.

Kini,aku sedar dan mengerti,
Aku telah berdosa,terhadap jiwaku sendiri.

Maafkan aku jiwaku,mafkan aku,
seharusnya aku bergirang di bawah hangatnya cahaya
seharusnya aku mengerti apa ertinya cahaya,
Namun,dimana ada cahaya disitulah ada bayangan.
Aku terlalau takut akan bayangan yang mengikuti langkahku di dalam cahaya
Kucuba membungkamnya di dalam kegelapan.
Membungkus di dalam kelam,
Kukira aku merasa damai dan amn.
Kukira.

Cukup.
Cukup sudah Bagiku!
Aku berhak untuk bahagia.
Aku berhak untuk tertawa..
Tetapi,siapa yang tidak?!
Kelak dia,pergerakan semesta yang dapat menilainya.
Bukan aku,bukan juga mereka.

Maafkan aku jiwaku,maafkan aku.
Kucuba ciptakan gelak tawa untuk dunia,juga duniaku.
Tak sepatutnya aku membunuhmu, meskipun dunia membuatku jenuh dan letih...

Aku tidak mengusir diriku dari dalam kegelapan,tidak.
Aku hanya belajar untuk mencintai cahaya.
Untuk hidupku dan hidupmu.
Untuk kebahagiaanku dan kebahagiaanmu....

KEISTIMEWAAN WANITA....



                            Wanita dengan fitrahnya yang khas memiliki keistimewaan sebagai berikut:-

1.Doa wanita lebih ma.kbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasullullah S.A.W akan hal tersebut,Jawab baginda:"Ibu lebih penyayang dari bapa dan orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2.Wanita yang solehah itu lebih baik dari 70 orang laki yang soleh.

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan nabi Ismail A.S.

5.Wanita yang tinggal bersama ana-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasullullah) didalam syurga.

6.Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7.Daripada Aisyah r.a "barang siapa  yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anaknya perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.

8.Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

9.Apabila memanggil akan engkau  dua  orang ibubapamu, maka jawablah  panggilan ibu mu dulu.

10.Wanita yang berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pinytu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11.Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


12.seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.


13.Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari 10000 laki yg jahat.


P/s:Moga-moga kita semua dilindungi rahmat oleh-NYa....Insyaallah...

Kehebatan Bismillah....



                      "BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIIM" Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani......

Mukjizat di sebalik BISMILLAH...
BISMILLAH adalah sebutan/nama dari lafaz "BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIM" yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang'..

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH:-

1.Yang pertama ditulis dalam kalam adalah BISMILLAH.Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.(Hadis Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan kedunia, maka semua awan berlari kearah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orng sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata:"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH setiap hari.

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian kan kebakaran, maut mendadak dan bala.

P/S:Sama-samalah kita mengamalkannya....INSYAALLAH....