VIP-VIP TERKENAL!!

Sunday, October 17, 2010

BERCOUPLE ATAU JUAL MAHAL...



Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu...

Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum  berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

CINTA MONYET

Alhamdulillah, semasa  di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar. Ada sahaja rakan-rakan ber'cinta'  seawal darjah lima.


Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini. Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat. Mungkin merasakan diri telah matang sedangkan baru menginjak remaja, Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam. Kenyataan-kenyataan seperti:bacth kami bercinta seperti tukar baju.(play boy). Aduh!! saya menjadi semakin bingung..Benarkah??

ERTI COUPLE. CINTA DAN PERKAHWINAN.

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti. Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam islam. Bahkan. Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa. Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya..

 

No comments:

Post a Comment