VIP-VIP TERKENAL!!

Sunday, October 17, 2010

CATATAN HATIKU....



Langit tak selalu cerah..kata orang tua.Langit itu perumpamaan hidup ini.Hari ini, langitku kesuraman. Enggan berbicara panjang. Berehat dari kerja.Fikiran menerawang. Bila hati kelabu, bibir pun jadi lesu untuk berkata. Kalau boleh, mahu terus berfikir, berdiam dan berfikir lagi. Tapi kehidupan selalu ada ruang untuk itu dan ini. Itu perlu dibereskan. Ini kena disiapkan.

Cerita kehidupan umpama rona alam. Tercalit paduan warna yang pelbagai. Ada yang harmoni, ada pula yang kontras. Tidak dijadikan semua ini sia-sia, buat mereka yang berfikir. Orang kata banyak berfikir maknanya kurang bercakap. kurang bercakap 'tak bagus' untuk kesihatan mental.Aku dijadikan Tuhan memang kurang bercakap.Mungkin ada hikmahnya.

Entry kali ini berbeza.Terjemahan makna kehidupan yang yang sebenarnya cerita. Cerita kehidupan karangan biasa insan biasa. Yang melalui kehidupan dengan rasa yang berbeza. Hari ini takkan sama dengan semalam... Takkan!!! walaupun episod perjalanannya sama. Sebab tiada satu detik pun yang sama.

Cerita kehidupan adalah cerita hati......

Cerita hati...

Hati ini.....

Ada airmata dicelah aya-ayat tak sempurna...

Bila hati mahu menyatakan yang di dalam, bahasa bukan pemudah cara yang asli. Tapi biarlah entry ini jadi penanda cerita. Supaya aku tahu aku pernah merasai sesuatu yang begini...

2 comments:

  1. Biar kita diam seribu bahasa dari mencalar jiwa sesiapa dengan beribu dosa...

    Andai ada yang mencela
    dengan ke engganan kita bermadah kata
    biarkan saja mereka..mereka belum arti dengan segalanya...

    senyumlah selagi bernyawa
    kerana hanya ILAHI yang tau apa ada pada jiwa-jiwa hambanya...

    p/s : ya ukhti...cantik susunan kata.. :) [I LIKE]

    ReplyDelete
  2. Syukran akk atas ingatan....insyaallah...sokong sy dari belakang ea...sy masih baru lg..

    ReplyDelete