VIP-VIP TERKENAL!!

Sunday, October 17, 2010

TAKDIR DAN DOAKU...



Takdir sesuatu yang misteri. Rahsia dia pemilik alam. Kerahsiaan itu satu kejaiban. Dan boleh jadi satu kekecewaan. Sengaja takdir manusia itu dirahsiakan. Supaya kita selalu menyimpan harapan.Kuatkan azam capai impian. Bagi yang lemah pula mungkin sebaliknya. Merasakan takdir hidup mereka telah ditentukan begitu dan begini.Misteri takdir umpama misteri kiamat. Mana mungkin dibolos fikiran kita yang terhad mampunya.

Aku manusia lemah. Selalu terjatuh. Selalu juga berfikir takdir hujung perjalanan hidupku. Bila hari yang kulalui terasa suram dan pudar. Atau bilamana apa yang ku harap sepertinya selalu musnah. Berdosakah aku punya rasa kekecewaan seperti ini. Kurang bersyukurkah aku pada limpahan rahmat yang telah Kau berikan selama ini??

Aku masih bernafas. Punya waktu untuk sujud taubat kepadaMu. Itulah Rahmat terbesar kau beri pada insan lemah ini. Peluang untuk terus mendekatkan diri padaMu.. Mengadu rintih bila mana kurasakan hanya engkau yang memahami gelodak perasaan ku ini..

Tuhan, apa mungkin hujung hidupku, semuanya dalam Kun FayakunMu. Dunia ini tipu daya. Ingatkanlah aku begini selalu..Amiin...

Wahai orang-orang yang beriman!! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya??

Iaitu, Kamu beriman kepada Allah (SWT) dan Rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama  ALLAH (SWT) dengan harta benda dan diri kamu, Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

(As-Saff-10-11)

No comments:

Post a Comment