VIP-VIP TERKENAL!!

Monday, November 1, 2010

~UNTUKMU MUSLIMAH SOLEHAH~



Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata, seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat?? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau.Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.


"Seseorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh disudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa?kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.


Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya....tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya di benak hati saya, cukupkah kita sekadar dilahirkan sebagai wanita, Bolehkah kita bangga menyandang keistimewaan ini??


Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung ini..Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah.:-"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"..
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat sudi menjadi khadamnya..Hebat sungguh wanuta solehah!!


Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang manjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu..Nauzubillah.


Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati...tapi haruman itu tidak kekal.Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran.Berbeza dengan keharuman sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan atau sekadar tumbuh dipinggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas..


Wanita solehah yang hatinya yang hatinya terikat dengan Allah, si gadis dihiasi dengan sifat sopan santun dan malu.. si anak mentaati ibubapa, serikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat, si isteri penuh ketaatan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepadaNya Yang Maha Esa.Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki "Perhiasan sejati"..kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga..Syurga dunia yang disegarkan dan syurga hakiki yang kekal abadi.


Seseorang wanita yang hatinya jauh dari tuhan masih mampu menjadi perhiasan yang digilai oleh segenap lelaki.Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sanggup berkorban segala-galanya ,suatu perhambaan yang tersirat, Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan "palsu" ini.Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!!


Wanita boleh memilih untuk menjadi "Bunga sejati".Wanita solehah yang membawa tenang...yang membuatkan semua hati gembira bila berdamping dengannya..Yang tidak tertaut pada kemaksiatan,..Yang cintanya hanya untuk Yang Esa...Yang sentiasa mengalirkan air mata,takut akan dosa menyelubugi diri...Yang percaya dengan janji-janji Allah...Yang pelihara cintanya hanya untuk yang benar-benar halal...Yang sentiasa tunduk menjaga penglihatan dari memandang lelaki ajnabi...

P/S:-Ana lebih suka menulis tentang muslimah,ia mungkin juga berkait rapat dengan diri ana dan orang lain.."tidak kesiankah aku melihat sahabatku2 yang hanyut dgn cinta dunia yang tidak menjajikan apa-apa"...

No comments:

Post a Comment