VIP-VIP TERKENAL!!

Friday, November 26, 2010

~Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah~






Allah Yang maha Pengasih Pasti Memberikan Kemudahan.....

Jangan kau putus asa,
Kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu. dimanakah Allah daN taqdirnya??


Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, Merupakan penebus dosa anda atas izinnya...Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadis ini...Maksudnya:-

"Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya, dan memelihara kehormatannya], nescaya ia akan memasuki syurga tuhannya...(Hadith Riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah..Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan agung tersebut...agar engkau dapat menemui  Tuhan Yang Maha Pengasih...berjalanlah sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah Nabinya,nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati....

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda....Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri nasrani,yahudi,komunis, ataupun  agama idealogi lai n yang bertentangan dengan islam..Sedangkan,anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati, dan  Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat muhammad s.a.w..Anda juga termasuk orang-orang yang mengikuti jejak Aisyah ,khadijah , dan Fatimah,,,Semoga Allah meredhai mereka semua..

Kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu,
Puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah. dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama...Ucapan selamat buat anda,kerana anda dan redha Allah sebagai tuhan yang disembah...islam sebagai agama yang dianuti dan Muhammad s.a.w sebagai rasul yang diikuti....





P/s:-Bukan emas permata yang mempercantikkan Anda,
melainkan Yang mempercantikkan Anda Adalah Akhlak anda,,,Dan
Kekayaan Anda adalah Etika anda..... 




 

No comments:

Post a Comment