VIP-VIP TERKENAL!!

Thursday, November 18, 2010

~WARKAH UNTUK CALON ZAUJ~




"Sebaik-baik wanita....apabila diberi sesuatu...dia bersyukur...dan bila tidak diberi apa-apa...dia bersabar.."

Erm disaat-saat hujan turun dgn lebatnya....ak termenung.... memikirkan sesuatu dibenak hatiku ini....(pikir aper ea??)..entah angin ape tiba-tiba jer hati ini teringin menulis sesuatu ttg dirimu yang tidak pernah ku kenali.....

Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kpd sesiapa....Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya..Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu...Itulah hatiku dan cintaku....membuatku sedar dari lenaku yang panjang.....

Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti...Kata ibu,tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka...Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi...

Sepanjang umurku ini,aku menutup pintu hatiku dari mana-mana lelaki kerana tidak mahu membelakangimu..Aku menghalangg diriku daripada mengenali mana-mana lelaki, kerana aku tidak mahu mengenali lelaki selainmu...

Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini mengatasi pergaulanku dengan mahramku..Aku lebih bersifat "perumahan" kerana rumah itu terbaik buat seorang perempuan...Aku sering sahaja tidak selamat diperhatikan lelaki..Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga,kerana banyak contoh didepan mata...

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka akan ku buat "expressionles face and cool".Akan ku palingkan wajahku dari lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku...Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku dari lelaki ajnabi kerana pesan saidatina Aisyah r.a "sebaik-baik wanita ialah yang tidak dipandang dan memandang"..Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki,Biarlah aku hanya cantik dimatamu...Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang..Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina dengan perlakuan sebegitu...seolah-olah aku aku oni barang yang boleh dimiliki bila-bila sahaja..

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan...lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan....Bagaimana akanku jawab dihadapan Allah kelak andai disoal??..Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidupku dimuka bumi??

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain.Aku dululah perlu menundukkan pandanganku...Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah..Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku..Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik..Bukankah Allah telah mejanjikan perempuan yang baik utk lelaki yang baik??

Tidakku nafikan,sebagai remaja aku memiliki perasaan ingin dicintai dan menyintai...Namun.setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu semata-mata untukmu... Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hatiku dan perasaan suciku ini...Bukan menjadi hati belahan lelaki lain....Lelaki itu berhak mendapat kasih-sayang yagn tulen..Bukan dibahagi-bahagikan......

Aku tertanya-tanya adakah aku ditebing kebinasaan..Aku beristighfar memohon keampunannya....Aku  juga berdoa agar dia melindungiku dari sebarang kejahatan...

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah nabi yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat...Cukuplah agamamu untuk mebimbing ku kelak....

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu untukku....alangkah
indahnya......Bukan itu yang ku impikan..Cukuplah kau menyintai Allah dengan sepenuh hatimu...kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya....Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa...
Moga cinta itu juga akan mempertemukan kita kembali di syurga kelak....:)


P/S:-Uhibbuhu fillah walillah....Ya Habibi fi Qalbi.....

3 comments:

  1. salam...nk bg kat bakal zauj laa..huhuhu :D

    ReplyDelete
  2. hahaha...boleh2.....xde masalah...hehehe....rase mcm xptot plak tulis mcm nie..ttba jer t'pikir...wawawa..malunyer.....ish2..

    ReplyDelete
  3. vry intersting..~~hehehe...mge kte brjye "berjdohn" dgn llaki yg mElabhkn cnTenye pd ALLAH,mengabdikn cntnye pd RASULULLAH,dn mngemudikn cntenye pd ibu bpenye..ameen..

    ReplyDelete