VIP-VIP TERKENAL!!

Wednesday, January 19, 2011

~INGATLAH AKAN HATI YANG TERLUKA DAN AIR MATA YANG MEMBASAHI PIPI~

x
BARANGKALI ALLAH MENGADAKAN SESUDAH ITU SUATU HAL YANG BARU..





Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini 
bila telah sempurna kegelapannya
pasti akan  datangnya pagi hari dengan cahayanya...

Seorang penyair berkata:-"Bila anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah bersumpah demi waktu bahawa anda akan mendapatkan segala yg anda inginkan dlm segala urusan di setiap masa yg anda lalui..lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa pun yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai..

Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui,dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu augerah yang telah diberikannya...melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda , dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua bani adam...baik bagi yang tinggal di istana  mahupun yang tinggal dirumah sederhana, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi org awam yang sederhana hidupnya, maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata anda .....kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman..dan musibah atas diri anda  bukanlah yang pertama terjadi  dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan.....




Firman ALLAH SWT yang bermaksud:- Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga,,padahal belum datang kepadamu(cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu??....(surah al-baqarah:ayat 214)....

No comments:

Post a Comment