VIP-VIP TERKENAL!!

Monday, February 28, 2011

:: DOA PELEMBUT HATI ::


Assalammualaikum wbk.
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi’in dan tabi’ attabi’in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama
Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.

Berikut saya sisipkan zikir dan doa pelembut hati sebagai panduan kita semua yang memerlukannya, insyaallah.

Zikir Dan Doa Pelembut Hati

1. Zikir Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:-
Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

2. Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau boss di pejabat, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah An 'Nisaa Ayat 84. (Sila rujuk Al-Quran)


Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

3. Doa Pelembut Hati


Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Asy Syuura –ayat 19 (42)

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ALI’IMRAN- 200 (3)...



P/s:- Ana terpanggil utk menulis entry ini disebabkan hal-hal yg tertentu....entry ini khas utk yg bergelar zaujah...moga dapat membina baitul muslim yang barakah...dan dpt tangani segala masalah dan ujian yg berlaku...InsyaALLAH....titipan khas untukmu,,,..=)

Wednesday, February 23, 2011

:: KENAPA PERLU MENGELUH??!! ::

“ Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. Kecuali orang–orang yang mengerjakan solat “. (QS. Al – Ma’arij : 19 – 22)...




Ujian yang menimpa orang -orang beriman adalah bentuk kasih sayang dari Allah SWT. Sama ada berbentuk kemalangan, kepapaan, kematian atau seumpamanya. Dengan ujian ini Allah secara langsung atau tidak langsung menegur hambaNya yang beriman agar memperbaiki keimanan serta memperkemaskan ibadahnya. Ini merupakan satu isyarat agar hambaNya sentiasa bersedia daripada terjerumus jauh daripada kebenaran. Maka dengan itu selayaknya kita mensyukuri ujian ini  dengan redha bukan berkeluh kesah apatah lagi menyalahi ketentuan Allah...







Dalam keadaan ditimpa musibah ada baiknya kita sentiasa istiqamah dengan peraturan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh Allah. Ada beberapa pendekatan dalam menangani masalah keluh kesah. di antaranya adalah seperti berikut:

1. Jika takdir anda buruk berlarilah menuju takdir yang baik...=)

Tiada siapa tahu suratan nasib yang melingkari perjalanan hidup di dunia ini. Susah senang silih berganti menjadi lumrah alam... Tiada kata putus untuk memahami takdir. Tidak akan mampu akal manusia mencapai rahsia Allah itu. Hikmahnya adalah supaya kita tidak melampaui dalam kesombongan. Ada masa sihat kadang kala jatuh sakit, kaya sebentar lalu miskin tiba-tiba. Ketika berkuasa.. beringatlah suatu hari nanti kerajaannya akan jatuh ke tangan orang lain....



Semua yang terjadi dalam hidup kita...semuanya telah ditentukan oleh ALLAH....supaya kita tahu yang kita tidak akan mampu mencabar kuasanya...Maka diciptakan manusia yang tidak akan tahu takdir hidupnya sendiri..Dia serba lemah dan jahil...Supaya manusia sentiasa berharap kepada ALLAH.....dan bermohon dikurniakan nasib yang baik...dan cuba mengubah hidupnya sendiri atas usahanya!!.....kerana ALLAH tidak akan menolong sesiapa jika tidak mahu menolong dirinya sendiri .....Kadang-kadang ALLAH nak lihat sedikit jer usaha dari kita....Jadi,tidak ada alasan untuk kita menyerah diri dan salahkan takdir yang berlaku.......


Seperti kata-kata hikmah yang dilontarkan Umar Al-Khattab mengenai takdir manusia, “Sesungguhnya kita berlari daripada takdir buruk kepada takdir yang baik.” Semua itu rahsia Allah. Anda masih mampu mengubah keadaan buruk menjadi baik atas izin Allah...jadi...kita masih mampu lagi untuk berusaha mengubah nasib kita!!.....=)



2. Lonjakkan tenaga positif dalam diri. Kejayaan hanya diperoleh selepas anda mengalami tekanan..

Semakin tertekan, semakin kuatlah usaha untuk keluar daripada tekanan itu. Begitulah kehidupan, setiap manusia memiliki tenaga positif yang melayakkannya tetap bertahan mengharungi mara bahaya....=)


Tenaga positif itu seolah-olah bisikan Tuhan yang mengusik air mata taubat penjenayah yang pekak telinga mereka daripada mendengar nasihat orang mulia lagi warak. Jika manusia sudah kehilangan tenaga positif itu, seolah-olah dia menjadi mayat sebelum dicabut rohnya...


Apabila kita memiliki tenaga positif ini, berbahagialah orang di sekeliling kita. Mereka rasa selesa berdampingan dengan kita. Adaptasi sosial yang kita jalinkan begitu indah dan kemas, jauh daripada penyimpangan yang menyakitkan hati. Begitulah gambaran seorang mukmin menerusi sabda baginda SAW yang bermaksud: “Mukmin yang terbaik adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain.”


Sesungguhnya, tenaga positif itu berasal daripada kuasa Allah yang membuka mata hati kita sehingga mampu melihat hikmah kebaikan di bawah tompokan ujian kehidupan. Membuat anda mampu tersenyum, memujuk hati yang luka dan melupakan rasa sakit yang menghiris kalbu...jadi??....hapuskan air matamu..jangan bersedih lg...naikkan semangat!!..=)






Rasulullah SAW pernah memohon kepada Allah supaya diberi tenaga positif yang berasal daripada Nur Allah. Dalam doa baginda memohon kepada Allah supaya menghapuskan kesedihannya kerana penghinaan dan kekejaman yang dilakukan penduduk Taif.

Baginda SAW berdoa supaya hilang segala kesedihan dan rasa putus asa:

“Aku berlindung kepada Nur wajah-Mu yang mulia yang memberi cahaya kepada langit dan bumi dan yang menyinari segala yang gelap-gelita. Dan menjadi baik kerananya segala urusan dunia dan akhirat.”


P/S:-Jika hati sudah diterangi cahaya Allah, serta merta kekuatan itu bangkit dan menghidupkan jiwa raga kita, jadi tiada alasan untuk berserah kepada nasib yang tidak pasti. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, Insya ALLAH....=)



Sunday, February 20, 2011

:: BUNGA IDAMAN ::




Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.
Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.
Aku menghampiri bunga itu.
Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.
Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.
Aku mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.
Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.
Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku....
Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.
Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat.
Aku mula bermonolog..
Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.
Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun....

Siapakah aku?
Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?
Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...
"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"....
Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam......Amiinn ya Rabb.....

Saturday, February 12, 2011

:: HARAM MENYAMBUT HARI KEKASIH (valentine day) ::







Assalamualaikum warahmatullah,...
Saya mulakan dengan kalimah Basmallah, segala yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu adalah kesalahan saya sendiri, dgn izin Allah. Kali ini saya ingin mengupas tentang hukum menyambut Hari kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine.
Pendahuluan
Sebagaimana indahnya, perasaan dicintai dan ingin mencintai sesama manusia begitu indah lagi jika Islam menjadi cara hidup kita. Islam tidak pernah bercanggah dengan lumrah manusia ingin bercinta, Islam hanya menunjukkan cara dan haluan yang betul untuk melakukannya. Malahan Nabi Muhammad S.W.T. pernah bersabda, maksudnya, “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.”
14 Februari sememangnya ditunggu-tunggu oleh remaja yang sedang mabuk bercinta. Pada Tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis, dan si gadis pula sibuk berhias untuk si jejaka. Sungguh indah dan bahagianya hari itu, bagaikan dunia dan segala isinya milik mereka. Tapi adakah disedari, dari mana asal-usul sambutan Valentine ini?




Ada tiga pendapat yang kuat berkaitan asal-usul Valentine. Pertama, pada pemerintahan ROM, 14 Februari ditetapkan sebagai hari cuti  bagi orang JUNO ratu kepada dewa-dewa Rom. Pada 15 Feb, diadakan Pesta Lupercalia. Di dalam pesta ini, nama gadis-gadis Rom akan ditulis dan dimasukkan kedalam bekas. Kemudian, para pemuda akan mencabut nama didalam bekas itu, nama yang terpilih akan menjadi pasanngannya sepanjang pesta itu.
Pendapat kedua, Valentine adalah untuk memperingati ketabahan St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Claudius II pada tanggal 14 Feb 270. St. Valentine dibunuh kerana mengingkari arahan raja itu supaya membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan dengan mengahwinkan pasangan secara rahsia.
Pendapat ketiga iaitu pendapat yang paling masyur, Valentine bermula apabila diisytiharkan oleh Ratu Isabella. Sebagai tanda berterima kasih kepada St. Valentine yang berjaya menakluk dan menghapuskan pengaruh Islam di Cordova, Ratu Isabella membenarkan St. Valentine untuk membuat permintaan. St Valentine, seorang Paderi Katolik, membuat permintaan untuk berkahwin dengan seorang Protestan. Kerana murka, St. Valentine di penjarakan untuk sementara waktu. Ratu Isabella sendiri menetapkan 14 Februari sebagai hari memperingati kekasih untuk St. Valentine.
Sejarah awal Valentine adalah untuk memperingati St. Valentine/dewa-dewa yang sememangnya jelas bercanggah dengan ajaran Islam lebih-lebih lagi apabila Valentine’s Day ini dikaitkan dengan kemenangan Kristian merampas Cordova dari kerajaan Islam seterusnya menghapuskan kesan kegemilangan Islam dibumi eropah. Kita sebagai pengganut agama Islam sepatutnya bersedih dan berduka...



Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus...

                                         (al-hajj:-ayat 67)....


Kesimpulan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”
Hukum menyambut Valentine’s Day adalah DILARANG dan DITEGAH oleh Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.
Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.
Antara yang sependapat dengan fatwa ini adalah
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Maljis Jawatankuasa Fatwa Selangor
- Majlis Ugama Islam Singapura
Akhir Kata
Siapalah kita yang hendak mencabar keputusan Majlis Fatwa, jika telah terang lagi bersuluh haram menyambut Valentine, usahlah terhegeh-hegeh lagi menyambutnya. Seagong-agong tanda kasih sayang antara lelaki dan wanita bukan muhrim adalah dengan ikatan perkahwinan yang sah.....wallhualam..

Sunday, February 6, 2011

~Aku Bukan Srikandi Solehah~.....


Di sebuah universiti,ada seorang wanita yang menjadi pujaan setiap lelaki..ramai yang cuba merisik nya..namun apa katanya...wanita ini sangat zuhud...mari kita ikuti kisahnya..~

lelaki pertama memintai wanita itu kerana akhlaknya:
ketahuilah akhi..bila kau melihatku dari dalam...sesungguhnya aku amatlah buruk akhlaknya..kerana aku hanyalah manusia yang bergelumang dosa...jika kau melihat hanya pada kebaikan ku keburukan ku..kau pasti tidak memandang apa dosa-doa yang telah aku lakukan...kerana pada mu aku seorang yang soleha,zuhud,dan sempurna untuk menjadi permaisurimu..kau tidak akan lagi bersungguh-sungguh membimbingku....aku mahu kamu sentiasa mengingatkan ku tentang masa silam ku yang penuh dengan dosa-dosa......aku sentiasa rindu untuk mendapat suami yang bercerita setiap hari mengenai serikandi-serikandi dahulu..kerana aku mahu mencontohi mereka..aku juga mahu kau menemani ku...saat aku menangis mengenang dosa-dosa ku...aku berdosa!!






lelaki kedua takjub dengan kwarakannya
:kau hanya melihat pakaian ku..tapi pakaian sebenar..akhlak ku bersama teman-tamanku tidak kau nilai...aku juga manusia biasa...tidak lepas dari sifat mazmumah ...ini mungkin akan mengejutkan mu bila kita menikah..maaf aku tidak dapat menerima mu..kerana kau menilai ku terlalu mulia

aku suka dengan kecantikanmu
ketahuilah kecantikan ku hanya luaran...dan akan luntur...adakah kau akan merima ku saat aku sudah berkedut,saat gigi ku tinggal dua?????tidak mungkin kan..aku akan kau tinggalkan ...lalu apa ertinya cinta mu pada ku...saat aku sudah mengandung..badan ku sudah tidak menatik..apakah kau masih setia..?

lelaki ketiga kagum dengan cara dia menjaga ikhtilat
:duhai akhi..aku wanita yang setiap hari berperang dengan perasaan...kadang-kadang aku juga tewas dengan nafsu ku......setiap hari aku cuba bermujahadah.. Ya allah kuatkan aku.....




lelaki terakhir pula kagum dengan ketabahan nya
wanita itu tersenyum...
jawapannya:aku wanita yang cukup mudah mengalirkan air mata...kau tidak sedar kah?tegar kah kau untuk menemaniku saat aku mennagis dan merintih hanya kerana kehilangan handphone ku atau kerana sengugut?????

sesungguhnya aku mencari lelaki yang akan menerima segala kekurangan dan dia membetulkan segala kesilapan ku..dan tidak memuja ku...atas apa yang zahir dri mata kasar..
terimalah aku..bimbinglah aku...aku hanya wanita yang hidup di akhir zaman yang cuba menanam semangat serikandi-seikandi dahulu....





~Selamat membaca!!~......Salam kasih syg dari ana........((:

Tuesday, February 1, 2011

~SI KACAK DAN SI CANTIK!!~

Asalamulaikum w.b.t.......

alhamdulillah. kali ini post dapat ditulis berterusan selepas beberapa hari...... agak lama saya buat catatan dan pemerhatian sendiri sebelum mulakan post ini.
setiap kali saya membicarakan topik couple, saya perlukan masa untuk hasilkan pendapat. bacaan dari buku-buku ilmiah terutama hasil tulisan ustaz hasrizal, banyak memberi maklumat dan panduan kepada saya dalam membincangkan topik couple ini.
dengan izinNya.

.."saya bercinta dengan dia sebab dia cantik macam model !"..
.."dia handsome macam pelakon hollywood, sebab itulah saya jadi teman wanita dia!"..







apa kata anda mengenai pernyataan diatas ?
wah ! kalau semua bercinta dan kahwin kerana paras rupa, kesian pula dekat hamba Allah yang tiada paras rupa yang cantik dan kacak.
kesian pula pada Halimah Jongang dan Minah Senget yang tiada rupa menawan untuk memikat lelaki idaman mereka.

namun! ada juga pasangan couple mahupun pasangan yang sudah berumah tangga yang miliki isteri yang sorangnya cantik bak bidadari, tetapi si suaminya pula seperti tongkang pecah mukanya. (maaf jika perumpamaan ini tidak sesuai)
walau begitu takdirnya, namun jodoh mereka panjang berbanding pasangan yang kedua-duanya cantik dan kacak!

apa yang dapat saya kongsikan disini, selepas pemerhatian dibuat. saya lihat pemikiran kaum hawa dan kaum adam yang ingin bercinta dan mencari pasangan hanya berfaktorkan paras rupa semata!
ingatlah wahai manusia, paras rupa yang cantik bukan menunjukkan diri sebenar seseorang itu. walau secantik mana pun wanita itu, tetapi jika dirinya tidak bersih dari perkara maksiat, tiada gunalah kecantikan itu dimata orang.

walau sekacak mana si lelaki itu, namun jika solat fardhu dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pun tidak dapat ditunaikan atau dibaca, bernilaikah paras rupanya disisi Allah? cuba kita renung-renungkan bersama.
sedih saya melihat pasangan terutama pasangan couple remaja, sanggup menggadaikan maruah dan harga diri semata-mata kerana CINTA BUTA nya terhadap insan yang tidak miliki kecantikan dan kekacakan IMAN dalam hati.

kekalkah hubungan kasih dan cinta antara mereka yang hanya bergantung pada paras rupa semata? ingatlah, jangan jadikan alasan rupa yang cantik dan kacak sebagai objektif kita menerima seseorang itu sebagai pasangan hidup kita.
dalam perkahwinan terutamanya, jika kita jadikan dia sebagai isteri kita hanya kerana dia seorang wanita yang cantik seperti model, bukan kerana dia cantik dengan keIMANannya, berhati-hatilah dalam mengekalkan rumah tangga anda kerana kecantikan paras rupa bukan alasan yang dapat mengukuhkan rumah tangga dari bergolak!

jangan kita berkahwin 5 ke 6 tahun, terus memfailkan penceraian.Nauzubillah.
justeru, peliharalah diri dari belenggu maksiat agar kita dapat kekalkan yang halal itu.
teringat saya pada tulisan ustaz hasrizal yang menyebut ;

"kalau masa muda-muda kita sudah bercouple, berdating, berpegang tangan dengan couple, berdua-duaan bersama bukan muhrim, dan berzina bersama pasangan yang belum halal bagi kita, maka sudah tentu akan timbul perasaan syak wasangka antara satu sama lain dalam hubungan suami isteri. ini kerana, si suami akan berfikir ;

"kalau dengan aku dia sanggup berzina sebelum kahwin dulu, inikan pula sekarang yang sudah berstatus isteri. sudah tentu dia juga berani berbuat demikian dengan lelaki lain!"

Nauzubillah!!
tidak takutkah kita dengan ujian seperti itu?
maka, peliharalah diri kita senantiasa dari maksiat yang keji itu!
tiada lagi alasan, "sebab dia cantik! sebab dia handsome!" dalam membina sesuatu perhubungan yang kekal.
berdoalah kepada Allah selalu agar kita dikurniakan dengan pasangan hidup yang miliki kecantikan IMAN dan kekacakan IMAN dalam hati mereka agar terpelihara diri kita dari perkara yang tidak baik.
dengan izinNya.