VIP-VIP TERKENAL!!

Tuesday, February 1, 2011

~SI KACAK DAN SI CANTIK!!~

Asalamulaikum w.b.t.......

alhamdulillah. kali ini post dapat ditulis berterusan selepas beberapa hari...... agak lama saya buat catatan dan pemerhatian sendiri sebelum mulakan post ini.
setiap kali saya membicarakan topik couple, saya perlukan masa untuk hasilkan pendapat. bacaan dari buku-buku ilmiah terutama hasil tulisan ustaz hasrizal, banyak memberi maklumat dan panduan kepada saya dalam membincangkan topik couple ini.
dengan izinNya.

.."saya bercinta dengan dia sebab dia cantik macam model !"..
.."dia handsome macam pelakon hollywood, sebab itulah saya jadi teman wanita dia!"..







apa kata anda mengenai pernyataan diatas ?
wah ! kalau semua bercinta dan kahwin kerana paras rupa, kesian pula dekat hamba Allah yang tiada paras rupa yang cantik dan kacak.
kesian pula pada Halimah Jongang dan Minah Senget yang tiada rupa menawan untuk memikat lelaki idaman mereka.

namun! ada juga pasangan couple mahupun pasangan yang sudah berumah tangga yang miliki isteri yang sorangnya cantik bak bidadari, tetapi si suaminya pula seperti tongkang pecah mukanya. (maaf jika perumpamaan ini tidak sesuai)
walau begitu takdirnya, namun jodoh mereka panjang berbanding pasangan yang kedua-duanya cantik dan kacak!

apa yang dapat saya kongsikan disini, selepas pemerhatian dibuat. saya lihat pemikiran kaum hawa dan kaum adam yang ingin bercinta dan mencari pasangan hanya berfaktorkan paras rupa semata!
ingatlah wahai manusia, paras rupa yang cantik bukan menunjukkan diri sebenar seseorang itu. walau secantik mana pun wanita itu, tetapi jika dirinya tidak bersih dari perkara maksiat, tiada gunalah kecantikan itu dimata orang.

walau sekacak mana si lelaki itu, namun jika solat fardhu dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pun tidak dapat ditunaikan atau dibaca, bernilaikah paras rupanya disisi Allah? cuba kita renung-renungkan bersama.
sedih saya melihat pasangan terutama pasangan couple remaja, sanggup menggadaikan maruah dan harga diri semata-mata kerana CINTA BUTA nya terhadap insan yang tidak miliki kecantikan dan kekacakan IMAN dalam hati.

kekalkah hubungan kasih dan cinta antara mereka yang hanya bergantung pada paras rupa semata? ingatlah, jangan jadikan alasan rupa yang cantik dan kacak sebagai objektif kita menerima seseorang itu sebagai pasangan hidup kita.
dalam perkahwinan terutamanya, jika kita jadikan dia sebagai isteri kita hanya kerana dia seorang wanita yang cantik seperti model, bukan kerana dia cantik dengan keIMANannya, berhati-hatilah dalam mengekalkan rumah tangga anda kerana kecantikan paras rupa bukan alasan yang dapat mengukuhkan rumah tangga dari bergolak!

jangan kita berkahwin 5 ke 6 tahun, terus memfailkan penceraian.Nauzubillah.
justeru, peliharalah diri dari belenggu maksiat agar kita dapat kekalkan yang halal itu.
teringat saya pada tulisan ustaz hasrizal yang menyebut ;

"kalau masa muda-muda kita sudah bercouple, berdating, berpegang tangan dengan couple, berdua-duaan bersama bukan muhrim, dan berzina bersama pasangan yang belum halal bagi kita, maka sudah tentu akan timbul perasaan syak wasangka antara satu sama lain dalam hubungan suami isteri. ini kerana, si suami akan berfikir ;

"kalau dengan aku dia sanggup berzina sebelum kahwin dulu, inikan pula sekarang yang sudah berstatus isteri. sudah tentu dia juga berani berbuat demikian dengan lelaki lain!"

Nauzubillah!!
tidak takutkah kita dengan ujian seperti itu?
maka, peliharalah diri kita senantiasa dari maksiat yang keji itu!
tiada lagi alasan, "sebab dia cantik! sebab dia handsome!" dalam membina sesuatu perhubungan yang kekal.
berdoalah kepada Allah selalu agar kita dikurniakan dengan pasangan hidup yang miliki kecantikan IMAN dan kekacakan IMAN dalam hati mereka agar terpelihara diri kita dari perkara yang tidak baik.
dengan izinNya.


No comments:

Post a Comment