VIP-VIP TERKENAL!!

Sunday, March 6, 2011

:: MASALAH??..MASALAH APA TUE YER....ERMM..::

Sebenarnya.................
Bukan senang untuk kita berubah.. Ikhlas kerana Allah.
BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK. Kan? Betul tak?
Mengungkapkan memanglah senang. Tapi praktikalnya.. Amat susah!!
Bukanlah saya mengatakan bahawa ia adalah mustahil..
Tak..
Tapi cabaran untuk berubah amat susah..
Hanya boleh ditempuh oleh orang yang betul-betul bertekad dan mempunyai azam yang kuat serta melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh...
Saya mengatakan demikian setelah melaluinya sendiri.. Juga setelah mendengar luahan hati kawan-kawan saya yang sering mengadu mengenai masalah yang di alami. Saya juga, baru sahaja pulih dari rasa sedih (yang tak boleh diceritakan kenapa). Saya juga manusia biasa yang tak lari dari perasaan macam tu. 

Ramai kawan yang prihatin, YM saya bertanyakan kenapa. Tapi saya tak reply. Sebab terlalu sedih.. Tapi, setelah difikir-fikirkan, saya tak boleh terus macam tu. Saya buka blog-blog dan cari sedikit pengisian. Alhamdulillah.. Pengisian yang menyebutkan tentang ayat-ayat Allah dan mengingatkan saya kepada Allah telah menjadikan saya lebih tenang. Firman Allah:


“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya.”
(Surah Az-Zumar, 39 : 23)

 “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” 
(Surah Ar Ra’du, 13 : 28)


Banyak juga kawan-kawan saya yang menceritakan masalah mereka melalui YM. Sampaikan kadang-kadang saya rasa YM saya tu adalah 'Perkhidmatan Kaunseling'. Huhu.. Tiap kali buka YM mesti ada yang minta pandangan. (Saya kaunselor tak bertauliah agaknya yer..) Saya mengalu-alukan pertanyaan tersebut.. Mungkin ia juga boleh membuka minda saya untuk melihat lebih luas. Tapi bagi kawan-kawan, anda semua juga diharap mengerti jika ada kekurangan sepanjang saya memberi pandangan tersebut, sebab saya juga manusia biasa. Yang amat banyak kesalahan, juga mempunyai masalah sendiri.

Bila kawan-kawan meluahkan perasaan gelisah, sedih, kecewa dan lain-lain, saya hanya mampu mendengar sahaja. Saya sedaya-upaya akan mecuba untuk menjadi pendengar yang baik. Itu saja yang dapat saya lakukan. Jika saya mampu, saya mungkin dapat memberikan sedikit pandangan. Tetapi, saya tidak memaksa andainya kawan-kawan tidak dapat memerima pandangan tersebut. Ketahuilah, sebaik-baik tempat mengadu hanyalah kepada ALLAH dan sebaik-baik pandangan adalah pandangan ALLAH jua...

"Sesungguhnya kepada Allah Aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku…”
(Surah Yusuf, 12 : 86)

Berbalik kepada perkara utama yang ingin saya nyatakan tadi. Sebenarnya, ramai orang ingin berubah. Termasuklah diri saya sendiri ni. Bila nak berubah, ada je halangannya. Macam-macam.. Sampai kadang-kadang rasa diri ni teruk sangat. Kawan-kawan saya pun macam tu. Banyak antara mereka yang mengadu tentang masalah hati. Masalah cinta.. Cinta manusia yang disertai nafsu tersebut ingin dikawal, supaya dapat mencintai Allah... Bolehkah???

InsyaAllah, boleh tetapi ia memerlukan mujahadah yang amat kuat. Kita perlu sentiasa muhasabah balik. Tiap-tiap hari cuba buat yang terbaik. Lawan perasaan tu... InsyaAllah boleh. Cubalah melawan hawa nafsu kita.

Kita juga selalu je dengar ayat “Aku nak berubah.. Tapi susah la weh..”
Niat untuk berubah amat-amat baik. Namun, kalau setakat mulut je yang kata nak berubah, tapi perbuatan kita tetap menurut bisikan nafsu, bisikan syaitan, tak akan ada apa-apa perubahan yang akan berlaku pun. Kita akan masih di takuk lama. Lepas tu.. Kita akan mula menyesal sendiri... 
Kemudian, mengulangi perbuatan yang sama. Tak guna sesalan yang cuma tinggal sesalan sahaja.
Kita mesti betul-betul melakukannya! Mesti kuat dan tabah!
Syaitan memang takkan putus asa menghasut kita kawan-kawanku...

Ingatan kepada diri sendiri juga, cinta manusia bukanlah segala-galanyanya.. 
Jangan terlalu mencintai seseorang kelak kamu akan kecewa jika suatu hari nanti ia ditakdirkan bukan untukmu..
Cintailah suamimu setelah ALLAH dan RasulNya.. Jangan sampai kecintaan kepada suami itu melebihi keduanya..

Fikirkan lah.. 
Siapakah lelaki yang kamu cintai sekarang ini, kawanku? Adakah dia punyai apa-apa ikatan denganmu?
Selagi tiada ikatan pernikahan, dia cumalah orang asing. 
Ya.. Cinta itu buta. Ia juga boleh membutakan jika kamu tidak mengawalnya. Hidup tak tentu arah, hilang sudah rasa malu… Dan macam-macam lagi akibatnya jika ia tidak dikawal dengan betul.

Bersamalah kita fikirkan, adakah kita telah mencintai ALLAH seperti cinta kita pada 'seseorang' tu atau lebih dari itu? Adakah kita telah mencintai Rasulullah sebegitu rupa? 
Layakkah dia, seseorang yang tiada apa-apa ikatan denganmu boleh mendapatkan cintamu itu? 
Yang hanya layak kau berikan pada suamimu? 
Adakah kamu meyakini dia adalah jodohmu kawanku?

Kawallah perasaan itu. Berdoalah pada ALLAH kerana ALLAH adalah pemilik segala-galanya.


Sememangnya CINTA ITU ADALAH FITRAH... JANGAN BIAR IA MENJADI FITNAH. Fitnah terhadap Islam dan juga fitnah terhadapmu dan maruahmu sebagai wanita. BERSABARLAH..

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).”
(Surah An-Naziat, 79; 40-41)

P/S:-(Tulisan ini hanya luahan serta peringatan sahaja dan tiada kaitan dengan mana-mana individu)

No comments:

Post a Comment