VIP-VIP TERKENAL!!

Saturday, August 15, 2015

Berdua atau Sendiri?

Bismillahi  rahman nirrahim..

Assalamualaikum semua..Di hujung minggu saya ni berbaki sedikit masa saya cuba untuk update blog.Tak sangka ada yang bertanya "dah update blog ker" hehe..Terharu rasa ada juga insan yg baca blog saya dan menunggu update terbaru dari saya..hehe untuk awak terima kasih yer ;)

Minggu lepas saya agak sibuk dengan program-program, jadual agak padat.untuk selit masa menulis agak sukar bagi saya rasanya. Menulis perlukan masa dan ruang untuk berfikir. Moga entri kali ini bermanfaat untuk semua.


Sendiri atau berdua? Berdua..siapapun tak mahu sendiri,maka semuapun mahu berdua untuk membunuh sunyi.

Berdua.Semua mahu bersama dengan yang dicintai,melakar angan-angan dan cita-cita di ruang langit biru maha luas Illahi.

Berdua.Ramai yang tersalah pilih teman di sepanjang jalan kehidupan kerana nafsu,rupa,harta benda dan nama jadi taruhan.

Berdua.Bahayanya luar biasa jika tiada ikatan sah kerana syaitan akan menghasut hati untuk sentiasa nampak cinta itu suci walaupun belum halal lagi.

Berdua.Semua mahu cari manusia sebagai peneman, tetapi sering lupa peneman setia hingga hujung nyawa hanya tuhan.Tak mengapa jika masih sendiri.Ini ruang.Ini peluang untuk lebih kenal diri dan Illahi sebelum berdua nanti.Insya Allah, jika digunakan masa sendiri ini sebaik-baiknya dengan agama, kita akan terjaga dan akan ditemukan juga dengan yang menjaga Agama.Bersabar yer. Hati-hati menjaga hati, jangan tersalah bagi.



Semoga Berjaya!

Saturday, July 25, 2015

Kepentingan Body Scrub/ Lulur badan

Okey hari ni aku nak share sikit kepentingan body scrub ataupon lulur badan.Sapa suka buat scrub? Best kan.. Scrub ni dah jadi sebahagian rutin penjagaan badan sebenarnya. Walau sibuk macam manapon tetap kena sental walaupun sekejap. Penting! Kalau tak dapat nak buat selalu pun takpe.Dapat sebulan sekali pon okey juga,itu tahap malas dah tu! Tapi bagi aku amalkan lah seminggu sekali, untuk dapatkan kulit yang lembut dan mulus.Hujung minggu apakata spend sikit masa untuk penjagaan kulit kita.Jom kita tengok apa manfaat body scrub.


 Kebaikan Lulur/ scrub

* Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
* Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.(ni mesti ada. jangan nak bohong cakap badan ko bersih mulus takde sel kulit mati/daki ehh)
*Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat siku,peha dan lain-lain(takkan nak cakap satu-satu kan hihihi)
*Mengurangkan tekanan & keletihan.(yang ini aku suka sangat..rasa relax jer)
*Mengekalkan tenaga.
 *Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
* Memperbaiki tekstur kulit.
 *Mengurangkan dehidrasi Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
 *Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
* Menghilangkan warna kulit berbelang.
* Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
* Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
 *Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.


 Haa..banyak kan kebaikan scrub/lulur ni? Kalau nak senang dan ada buget lebih, pergi jer SPA berdekatan. habis cerita! Tapi aku biasa buat sendiri jer dekat rumah. Sebelum mandi tu duduk dalam 15 minit then scrub lah seluruh badan.Serius kulit terasa halus mulus jer!

scrub putri binari ni sangat harum baunya.bau mcm bunga2 skit..bau dia sangat segar tau! mesti cuba yer
Yang ini body scrub dari The body shop..Bau dia lembut jer..sangat best! cuba tau..Biasanya aku guna dua brand ni jer..Brand lain aku tak pernah cuba lagi. So far sebotol tu tahanlah dalam 2 bulan atau 3 bulan. Kalau aku rajin sangat sebotol tu tahan dalam sebulan jer! Tapi biasanya aku takda lah rajin sangat, hehe.So untuk korang-korang jangan malas-malas nak scrub badan yer! comfirm korang takkan menyesal punya! sekali buat mesti nak buat lagi tau!Aku biasa buat hujung minggu waktu pagi ataupon malam, and masa nak tido tu terasa wangi dan lembutnya kulit.sangat selesa..cubalah korg takkan menyesal punya!

Wednesday, July 22, 2015

Time to change!

Assalamualaikum..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini dan kelihatan jari jemari ini rajin untuk menaip satu persatu perkataan, juga berharap berjaya menaip hinggalah ke akhir entri ini.. Insya Allah :) Sementara masih ada sedikit waktu untuk aku luangkan sebelum aku pulang ke kl untuk bertugas.. Jadi aku gunakan masa yang sedikit ini untuk menulis dan aku berharap juga setiap tulisan aku ni bermanfaat untuk semua pembaca.. Insya Allah Tapi Alhamdulillah, sepanjang cuti ni sebenarnya aku banyak berfikir pasal ni. Sebelum bercuti pon aku dah lama pikir pasal ni. Actually, i have decide to turn back a look for the deen(agama). Bukan bermakna sebelum ini aku lalai dan jauh dari agama, NO! cuma nak lebih dekat, dekatkan lagi diri dengan Allah swt.Syukur, i'm surrounded by positive friends. thank you! Thus, i have decide to slowly leave 'old me' and learn how to becoming a better person. Harap dapat istiqamah! Doakan yer :) Apa yang aku sedang usahakan sekarang?first thing, tentang pakaian dan penampilan la..kalau dulu pakai tudung dah ok..cuma sekarang cuba labuhkan tudung menutupi dada.perlahan-lahan dan sikit demi sedikit.seterusnya stokin..Ini yang paling lemah sekali ni..aku memang tak suka pakai stokin..rasa macam lecehnya pakai stokin. Tapi sekarang, aku cuba dan insyaAllah doakan aku terus istiqamah yer...handsock pula..aku tak cuba lagi..tp insya Allah aku cuba sikit demi sedikit untuk pakai handsock pulak yer..
Back to the story, lebih mendalam ilmu agama, mempertingkatkan amal ibadat, dan semua amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT. Dalam erti kata lain, lakukan apa yang Allah SWT perintahkan, dan meninggalkan segala laranganNya. In Sya Allah... Mungkin umur 23 tahun aku ni membuatkan aku lebih berfikiran matang. Pengalaman hidup sebelum ini banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya. Semoga aku sentiasa diberi hidayah oleh Allah SWT, lebih tabah dan kuat semangat dalam meniti cabaran yang mendatang. Kadang-kadang aku sayang, takut untuk meninggalkan diri aku yang dulu, tapi aku perlu berubah ke arah yang lebih baik dari diri aku yang sekarang.Mungkin selepas ini lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas, dan aku yakin usaha-usaha daripada sekarang inilah penting untuk mengharungi masa depan agar tanggungjawab kepada agama, keluarga, negara dan sebagainya dapat diseimbangkan. I know, Allah has a better plan to me. Don't be afraid to change. You may lose something good but you may gain something better. :)
Di akhir kata, marilah kita sama-sama berusaha dan berubah ke arah yang lebih baik agar menyesal di kemudian hari tiada berguna lagi. Kita manusia yang tidak sempurna, hanya Allah SWT yang sempurna, tapi kita boleh berusaha untuk menjadi yang sempurna. "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya sendiri."

Tuesday, July 21, 2015

Apa yang aku belajar..

Apa yang aku belajar, jangan cepat menghukum orang dan menilai orang sedangkan jalan cerita hidup dia kita tak tahu. Bila kita terdengar dari satu pihak,mulalah cuba untuk menghukum seperti mereka menganggu kehidupan kita. Akal fikiran kita kadangkala generate things yang kita tahu sahaja.Benda yang kita fikirkan sebenarnya hasil dari apa yang kita lalui dan kita tahu je. Walhal ada perkara-perkara yang dibelakang pengetahuan kita dan pengalaman kita yang perlu kita siasat dulu sebelum menghukum.
Tetapi pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri, kerana zaman sekarang ini terlalu ramai yang terlalu sibuk menyemak, memshasabah amalan orang lain berbanding diri sendiri, bukankah kita sendiri akan tinggalkan juga dunia ini seperti yang lain? Allahu. Nauzubillahiminzalik. Yang mampu menilai kita hanya Allah. kita cuma manusia biasa, hamba Allah. Selalulah melihat kebaikan orang lain dan melihat kesalahan diri agar diri ini dapat diperbaiki. Jom muhasabah! Aku suka untuk berpesan pada diri dan mungkin juga boleh mengingatkan orang lain juga. Iyalah manusia selalu lupa. Perlu diingatkan selalu. selamat malam semua :)

Monday, July 20, 2015

Welcome Back Emyra!

Bismillah hirrahman nirrahimm ... Setelah kian lama aku menangguh niat dihati untuk menyambung kembali menulis di blog. kini, aku menulis kembali . Bayangkan lah aku berhenti menulis blog sejak 2011. Agak lama juga aku tak menulis. Agak kekok untuk memulakan tulisan ini..tapi jujur aku cukup seronok dapat kembali menulis seperti ini. Agak teruja! Mudah-mudahan lebih matang, berguna dan kritis buat diri dan semua pembaca. Insya Allah
Moga-moga lepas ini aku punya masa untuk update blog seperti dulu! doakan yer semua.