VIP-VIP TERKENAL!!

Tuesday, July 21, 2015

Apa yang aku belajar..

Apa yang aku belajar, jangan cepat menghukum orang dan menilai orang sedangkan jalan cerita hidup dia kita tak tahu. Bila kita terdengar dari satu pihak,mulalah cuba untuk menghukum seperti mereka menganggu kehidupan kita. Akal fikiran kita kadangkala generate things yang kita tahu sahaja.Benda yang kita fikirkan sebenarnya hasil dari apa yang kita lalui dan kita tahu je. Walhal ada perkara-perkara yang dibelakang pengetahuan kita dan pengalaman kita yang perlu kita siasat dulu sebelum menghukum.
Tetapi pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri, kerana zaman sekarang ini terlalu ramai yang terlalu sibuk menyemak, memshasabah amalan orang lain berbanding diri sendiri, bukankah kita sendiri akan tinggalkan juga dunia ini seperti yang lain? Allahu. Nauzubillahiminzalik. Yang mampu menilai kita hanya Allah. kita cuma manusia biasa, hamba Allah. Selalulah melihat kebaikan orang lain dan melihat kesalahan diri agar diri ini dapat diperbaiki. Jom muhasabah! Aku suka untuk berpesan pada diri dan mungkin juga boleh mengingatkan orang lain juga. Iyalah manusia selalu lupa. Perlu diingatkan selalu. selamat malam semua :)

No comments:

Post a Comment