VIP-VIP TERKENAL!!

Saturday, July 25, 2015

Kepentingan Body Scrub/ Lulur badan

Okey hari ni aku nak share sikit kepentingan body scrub ataupon lulur badan.Sapa suka buat scrub? Best kan.. Scrub ni dah jadi sebahagian rutin penjagaan badan sebenarnya. Walau sibuk macam manapon tetap kena sental walaupun sekejap. Penting! Kalau tak dapat nak buat selalu pun takpe.Dapat sebulan sekali pon okey juga,itu tahap malas dah tu! Tapi bagi aku amalkan lah seminggu sekali, untuk dapatkan kulit yang lembut dan mulus.Hujung minggu apakata spend sikit masa untuk penjagaan kulit kita.Jom kita tengok apa manfaat body scrub.


 Kebaikan Lulur/ scrub

* Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
* Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.(ni mesti ada. jangan nak bohong cakap badan ko bersih mulus takde sel kulit mati/daki ehh)
*Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat siku,peha dan lain-lain(takkan nak cakap satu-satu kan hihihi)
*Mengurangkan tekanan & keletihan.(yang ini aku suka sangat..rasa relax jer)
*Mengekalkan tenaga.
 *Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
* Memperbaiki tekstur kulit.
 *Mengurangkan dehidrasi Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
 *Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
* Menghilangkan warna kulit berbelang.
* Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
* Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
 *Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.


 Haa..banyak kan kebaikan scrub/lulur ni? Kalau nak senang dan ada buget lebih, pergi jer SPA berdekatan. habis cerita! Tapi aku biasa buat sendiri jer dekat rumah. Sebelum mandi tu duduk dalam 15 minit then scrub lah seluruh badan.Serius kulit terasa halus mulus jer!

scrub putri binari ni sangat harum baunya.bau mcm bunga2 skit..bau dia sangat segar tau! mesti cuba yer
Yang ini body scrub dari The body shop..Bau dia lembut jer..sangat best! cuba tau..Biasanya aku guna dua brand ni jer..Brand lain aku tak pernah cuba lagi. So far sebotol tu tahanlah dalam 2 bulan atau 3 bulan. Kalau aku rajin sangat sebotol tu tahan dalam sebulan jer! Tapi biasanya aku takda lah rajin sangat, hehe.So untuk korang-korang jangan malas-malas nak scrub badan yer! comfirm korang takkan menyesal punya! sekali buat mesti nak buat lagi tau!Aku biasa buat hujung minggu waktu pagi ataupon malam, and masa nak tido tu terasa wangi dan lembutnya kulit.sangat selesa..cubalah korg takkan menyesal punya!

2 comments:

  1. Oh yes! Dah lama tak buat, bila duduk UK, bathroom sejuk, rasa nak cepat2 keluar hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..make sure u buat...and rasai kehebatannya...mesti lepas ni asyik nak lulur jer.. ;)

    ReplyDelete