VIP-VIP TERKENAL!!

Saturday, August 15, 2015

Berdua atau Sendiri?

Bismillahi  rahman nirrahim..

Assalamualaikum semua..Di hujung minggu saya ni berbaki sedikit masa saya cuba untuk update blog.Tak sangka ada yang bertanya "dah update blog ker" hehe..Terharu rasa ada juga insan yg baca blog saya dan menunggu update terbaru dari saya..hehe untuk awak terima kasih yer ;)

Minggu lepas saya agak sibuk dengan program-program, jadual agak padat.untuk selit masa menulis agak sukar bagi saya rasanya. Menulis perlukan masa dan ruang untuk berfikir. Moga entri kali ini bermanfaat untuk semua.


Sendiri atau berdua? Berdua..siapapun tak mahu sendiri,maka semuapun mahu berdua untuk membunuh sunyi.

Berdua.Semua mahu bersama dengan yang dicintai,melakar angan-angan dan cita-cita di ruang langit biru maha luas Illahi.

Berdua.Ramai yang tersalah pilih teman di sepanjang jalan kehidupan kerana nafsu,rupa,harta benda dan nama jadi taruhan.

Berdua.Bahayanya luar biasa jika tiada ikatan sah kerana syaitan akan menghasut hati untuk sentiasa nampak cinta itu suci walaupun belum halal lagi.

Berdua.Semua mahu cari manusia sebagai peneman, tetapi sering lupa peneman setia hingga hujung nyawa hanya tuhan.Tak mengapa jika masih sendiri.Ini ruang.Ini peluang untuk lebih kenal diri dan Illahi sebelum berdua nanti.Insya Allah, jika digunakan masa sendiri ini sebaik-baiknya dengan agama, kita akan terjaga dan akan ditemukan juga dengan yang menjaga Agama.Bersabar yer. Hati-hati menjaga hati, jangan tersalah bagi.



Semoga Berjaya!