VIP-VIP TERKENAL!!

Sunday, April 10, 2016

Review vitamin c shaklee!!

Assalamualaikum semua..


Rasa macam dah lama biarkan blog saya tak diupdate..Alasan sibuk tu sangat cliche nak bg kan...sebab semua orang pon sibuk dengan aktiviti harian masing2 ,begitu juga dengan saya.. Tapi sekarang saya cuba curi masa saya untuk menulis..InsyaAllah entri kali ni tak perlu panjang lebar..








Okey saya senaraikan serba sedikit kisah saya bersama vitamin cantik ni ..


1- Masalah jerawat pasir/kulit berminyak : Alhamdulillah semakin pulih, dulu saya ada masalah jerawat pasir yang agak tak menyenangkan ,bila pegang muka rasa bergerutu jer. Dan sekarang rasa seronok kulit muka semakin pulih sikit demi sedikit.Dan paling penting sekali tona kulit yang sekata..


2.kulit kusam : saya perasan kulit saya semakin cerah walaupon tak putih gebu mcm orang lain..yang penting tona kulit muka yang sekata. Jangan tangan hitam tetiba kulit muka putih nampak sangat tempek cream banyak2 kan... bak kata iklan terlajak laris "eeee,muka putih tangan hitam". haa tak best la mcm tu kan..


3.Sistem imunisasi meningkat : Yups..yang ni saya sangat berpuas hati..Sejak  saya mengamalkan vitamin c shaklee..saya kurang dijangkiti selesema/demam .kalau kena selesema pon alhamdulillah cepat pulih ,tak pernah berlarutan macam dulu,selalu saya selesema akan makan masa 2 hari untuk saya kembali pulih, tapi sejak consume vitamin c masalah kesihatan saya semakin baik.Alhamdulillah 


4.Resdung : okey,pengalaman saya sendiri menghadapi simpton resdung..Dulu tiap-tiap pagi jer dah jadi rutin harian saya kerap bersin...seriously itu sangat tak selesa... but now ..Alhamdulillah semakin pulih..tiada lagi bersin dipagi hari...huhu.. 


5. Gusi berdarah : Selalu gosok gigi gusi akan berdarah..kerap berlaku dulu.. Tapi sekarang dengan bantuan vitamin c .saya dengan bahagianya gosok gigi tanpa gusi berdarah lagi..wah seronok nya...




Okey ini antara review dari saya sendiri sepanjang mengamalkan vitamin c. Jom kita tengok antara kebaikan vitamin c shaklee untuk tubuh badan kita. 



  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



Bila cikgu terlupa nak telan vitamin c pagi2..ada jer yang sweet ingatkan cikgu supaya telan vitamin c cupaya cikgu sihat dan bertenaga sepanjang hari...syg kamu semua dunia akhirat .



P/s : Saya sedang tunggu stok vitamin e... lepas ni  if ada masa terluang saya update review vitamin e shaklee pulak yer.. bubbyee!!




No comments:

Post a Comment